KEPIMPINAN ULAMA : SATU PENILAIAN RINGKAS


Hanya Ulama Sahaja Yang Boleh Menjadi Pemerintah?

1. Beberapa dekad yang lalu, kita sering dimomokkan dengan tema kepimpinan ulamak.

2. Slogan kepimpinan ulama ini dijadikan bahan atau modal oleh sesetengah pihak demi kepentingan politik mereka.

3. Namun adakah benar slogan yang digunakan mereka ini? Adakah Islam menyuruh ulamak menjadi pemimpin atau mewajibkan ulamak menjadi pemimpin atau pemerintah?

4. Tentu sekali tidak. Jika tuan / puan membaca AL Quran, surah AL Baqarah ayat 247, anda akan dapat melihat bagaimana seorang Nabi bani Israel memaklumkan bahawasanya, ALLAH azzawajalla telah mengangkat Thalut sebagai raja (pemerintah) bagi mereka.

Firman ALLAH ;

Dan nabi mereka berkata kepada mereka, “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu.” Mereka menjawab, “Bagaimana Talut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?” (Nabi) menjawab, “Allah telah memilihnya (menjadi raja) kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan fisik.” Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui. (Al Baqarah : 247)

5. Yang mana Thalut diberikan kelebihan dari aspek fizikal dan ilmu. Sekaligus membuktikan bahawa, untuk menjadi pemimpin, tak semestinya dia mesti berlatar belakangkan ilmu agama semata-mata, tetapi ilmu-ilmu yang lain yang dapat membantu menguruskan urusan manusia.

6. Adakah apabila Allah mengangkat Thalut bermakna Nabi bani Israel yang bersama dengannya itu kurang ilmu? Tentu sekali tidak. Namun Allah punya sebab melantik seorang Raja bani Israel tatkala seorang Nabi telah wujud di zamannya.

7. Jadi, bukan satu kewajipan ulama menjadi pemerintah. Malah satu kesilapan yang besar dengan memomokkan bahawa ulama sahaja yang layak memerintah. Kerana dalam Al Quran tidak menyatakan sedemikian.

Post a Comment

0 Comments