Oleh : Azman Hussin * Aku bukan memandang I.S.A itu tidak berguna atau tidak penting kepada negara, bahkan pada masa I.S.A dimansuhkan dahulu, aku pernah mengumpamakan ISA itu seperti tembok yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain untuk menghalang bangsa perosak Yakjuj-Makjuj. Dalam konteks Malaysia, I.S.A boleh diguna untuk menghalang golongan yang mahu menghancurkan negara ini. Tetapi, hari ini aku fikir, apabila sudah dimansuhkan dan mahu dikembalikan, ia hanyalah seperti khayalan orang sakit yang sudah berputus asa menghadapi penyakitny…
Oleh : AZMAN HUSSIN APAKAH sastera? Sajak, cerpen atau novel. Sepatutnya ia bermanfaat, menyampaikan kebaikan, ilmu, pengajaran, dakwah, kefahaman tentang sesuatu perkara melalui cerita. Agar semua pendapat itu berkesan di hati pembaca, ia disampaikan dengan bahasa yang indah, cerita yang menarik sebagai kiasan atau lambang kepada idea tersebut. Ia bermaksud menyampaikan sesuatu yang mungkin tidak menarik, tidak berkesan dan tidak dipedulikan jika disampaikan dengan gaya bahasa yang biasa. Kita berkomunikasi untuk menyampaikan sesuatu …
Oleh : AZMAN HUSSIN BAHAGIAKAH manusia hidup dalam peradaban moden dan zaman teknologi ini? Bolehkah kita mendakwa kita lebih maju, maka kehidupan kita lebih berbahagia berbanding orang-orang asli di hulu pedalaman dan pergunungan sana? Sebaliknya, apakah manusia tidak bertamadun di dalam hutan-hutan itu tidak berbahagia kerana mereka hidup secara primitif dan tidak bertamadun? Inilah juga persoalan yang pernah diungkapkan oleh Albert Einstein, saintis tersohor berbangsa Yahudi. Apakah ukuran kebahagiaan? Mari kita renung dan bandi…
Oleh : AZMAN HUSSIN SISTEM demokrasi dikatakan suatu sistem terbaik pada zaman moden untuk memilih pemimpin atau negarawan dalam menerajui pemerintahan sesebuah negara. Apakah demokrasi? Demokrasi lebih-kurang bermaksud dari rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat. Ia diterjemahkan dari perkataan Yunani, demos kratos (kuasa rakyat). Ia bermaksud pemerintahan dari rakyat (diputuskan mengikut kehendak rakyat terbanyak), dibuat oleh rakyat (dilaksanakan oleh rakyat), dan ditujukan kepada rakyat (dinikmati oleh seluruh rakyat). Pengertian muda…
Oleh AZMAN HUSSIN EXODUS? Engkau tahu, sedari dulu kami bangsa buangan? Bangsa exodus. Bangsa penghijrah. Seluruh negara dunia dilimpahi migran anak-anak Israel. Meski rakyat dunia membuang kami, tiada siapa boleh nafikan kami warganegara dunia! Kami bertebaran seluruh dunia. Kami wujud di mana-mana. Jerusalem, aku mimpi suatu masa nanti kami semua berkampung semula di sana. Hidup aman sejahtera di situ. Kita bertemu di sentral kota KL, aku ingati lagi saat-saat dramatik itu, hingga kala kau mengakui jatuh hati padaku, dan aku menghan…
Oleh: AZMAN HUSSIN POLITIK demokrasi adalah berkenaan perebutan kekuasaan untuk memerintah negara. Apa yang masyarakat awam nampak hanyalah perkara-perkara luaran seperti ketidakadilan pemerintah, kenaikan harga-harga barangan keperluan, tol, rasuah pemerintah, kekayaan melampau pemerintah dan suku-sakat mereka, yang telah menjadi modal politik yang disebar dan diulang-ulang oleh pihak parti pembangkang. Tamadun manusia sebenarnya digerakkan motif ekonomi, perebutan hasil kekayaan, dan semua itu hanya boleh dicapai dengan memegang kekua…
Oleh : Azman Hussin* APABILA golongan majoriti berpecah-belah, ia akan mudah dieksploitasi dan ditundukkan oleh golongan minoriti yang bersatu-padu. Kita ketahui pada masa ini di Malaysia, kaum Melayu yang majoriti telah berpecah-belah kepada UMNO, PAS dan PKR; sementara kaum Cina bersatu-padu di bawah DAP dengan menewaskan MCA. Kaum India pula menyebelahi pakatan pembangkang dengan menyertai PKR dan DAP menolak MIC, sehingga parti kaum India itu tumbang. Adalah sesuatu yang tak masuk akal bagaimana sebuah parti sekular, yang dikuasai …
Social Plugin