Oleh : Azman Hussin *
Aku bukan memandang I.S.A itu tidak berguna atau tidak penting kepada negara, bahkan pada masa I.S.A dimansuhkan dahulu, aku pernah mengumpamakan ISA itu seperti tembok yang dibina oleh Iskandar Zulkarnain untuk menghalang bangsa perosak Yakjuj-Makjuj. Dalam konteks Malaysia, I.S.A boleh diguna untuk menghalang golongan yang mahu menghancurkan negara ini.
Tetapi, hari ini aku fikir, apabila sudah dimansuhkan dan mahu dikembalikan, ia hanyalah seperti khayalan orang sakit yang sudah berputus asa menghadapi penyakitnya.
Ya, I.S.A seperti menjadi sejenis pil tahan sakit yang tidak akan menyembuhkan penyakit, tetapi hanya meredakan seketika, dan yang mudaratnya, ia boleh menimbulkan penyakit-penyakit yang lain. I.S.A mungkin pernah berkesan suatu masa dahulu sebagai ubat, tetapi penyakit yang dihadapi oleh pemerintah hari ini adalah lebih kronik.
Bagi pemimpin-pemimpin politik yang malas dan mahu cara mudah, apa yang mereka fikirkan adalah jalan singkat seperti I.S.A dikembalikan, tetapi mereka lupa perosak negara seperti pembangkang yang dibayangi golongan New World Orde hari ini terlalu kuat.
Jika dikatakan I.S.A itu tembok, arus yang dicipta oleh pembangkang adalah terlalu kuat dan boleh meruntuhkan tembok itu, atau dengan kata lain, akan terjadi revolusi apabila seorang perosak ditangkap di bawah I.S.A, akan lahir 100 perosak yang lain.
Aku tidak setuju ISA dimansuhkan suatu masa dahulu dan aku juga tidak setuju I.S.A dikembalikan lagi.
Alasan aku tidak setuju I.S.A dimansuhkan dulu, semua orang tahu dan sama seperti alasan orang-orang lain yang tidak menyetujuinya. Tetapi alasan aku tidak menyetujui ia dikembalikan, adalah kerana ia tidak mungkin akan terjadi lagi, dan ia hanyalah lamunan orang sakit. Dan jika benar sekalipun I.S.A dikembalikan, suatu penentangan besar-besaran rakyat dengan campurtangan kuasa asing akan berlaku sehingga ia boleh menjadi permulaan kepada revolusi.
Mungkin orang tidak percaya bahawa revolusi mampu dan berpotensi terjadi di negara ini, sama seperti 20 tahun dahulu, ramai orang tidak percaya UMNO-BN boleh tergugat sebegini teruk seperti sekarang ini.
Muammar Ghadafi atau Hosni Mubarak juga mungkin tidak percaya nasib mereka akan berakhir begitu..
(*) Penulis merupakan karyawan dunia sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998-1999 dalam kategori cerpen.
3 Comments
Negara masih perlukan ISA...
ReplyDeleteAzman Hussin sejenis penyakit di mana tiada satu pil boleh tahan dia. Dah tak ada orang lain ke nak digunakan untuk raih sokongan selain psycho nih? Desperate nya....
ReplyDeletePandai cakap. Realiti semasa dan masa depan rakyat dan negara lebih utama.
ReplyDeleteبِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.