Foto FB : Thalhah Mohd Zaki Ada beberapa amal yang pahalanya terus mengalir, sekalipun pelakunya telah meniggal dunia. Dia tidak boleh lagi beramal, jasadnya sudah dikubur dalam tanah, namun kebaikannya tidak putus. Itulah hakikat umur yang kedua. Umur di mana kita sudah tidak lagi boleh beramal, namun pahala tetap mengalir. Kita menyedari bahawa usia kita sebagai umat Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam tidak panjang. Dalam hadis dari Abu Hurairah Radhiallahuanhu, Nabi Sallahu Alaihi Wassalam menyebutkan; أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّ…
Oleh : Nurul Atiqah Sumali (wartawan pelatih Apa Khabar Malaysia) Kuala Lumpur - Pelajar huffaz sering dikaitkan dengan hala tuju kerjaya sebagai pendakwah, ustaz dan ustazah. Namun begitu, adalah tidak mustahil bagi para pelajar huffaz untuk berada sektor kerjaya professional seperti doktor, jurutera dan sebagainya. “Kita hendak mengembelingkan ilmu Al-Quran dengan ilmu akademik, kerana Al-Quran itu sendiri mempunyai banyak ilmu-ilmu saintifik di dalamnnya. Dan di UNITEN kita menawarkan sistem pendidikan yang merentasi antara keperluan akad…
Oleh : Jebat 1. ALLAH perintahkan kita membaca. 2. Surah Al-Alaq merupakan wahyu pertama yang ALLAH turunkan kepada Rasulullah Sallahualaihi Wasalam melalui perantara Jibrail. Sedangkan Nabi tidak tahu membaca. Namun tetap diperintahkan membaca. 3. Waktu aku terfikir-fikir disebalik perintah ini, aku tertonton satu video sesi soal jawab Dr. Zakir Naik dengan seorang Nasrani. 4. Dalam sesi berkenaan. Dr. Zakir Naik berkata, majoriti umat Kristian tidak membaca kitab Bible yang ada pada mereka, sebaliknya hanya mendengar ucapan dan kenyataan d…
Al Hasan Al Basri pernah menjumpai orang yang begitu yakin bahawa dirinya sudah mendekati kematian, lalu berkata, "Sesungguhnya orang ini akhir hayatnya lebih layak zuhud di bandingkan awalnya dan awalnya lebih layak kekhawatiran akhirnya." Sumber : Al Bayan wa At Tibyin (3/127)
Al Hasan Al Basri berkata, "Al-Quran ini dibaca oleh kalangan hamba dan anak kecil, yang tidak mengerti takwilnya dan belum melaksanakan perintahnya dari sejak awalnya. ALLAH Subhanawata'ala berfirman كِتٰبٌ اَنْزَلْنٰهُ اِلَيْكَ مُبٰرَكٌ لِّيَدَّبَّرُوْٓا اٰيٰتِهٖ وَلِيَتَذَكَّرَ اُولُوا الْاَلْبَابِ "Kitab (Al-Qur'an) yang Kami turunkan kepadamu penuh berkah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal sihat mendapat pelajaran." (Surah Shad : 29) Orang yang memerhatikan ayat-ayatNya pasti mengi…
Ibnu Taimiyyah berkata; Cinta kepada ALLAH dan RASUL itu ada dalam hati setiap orang yang beriman. Ia tidak mungkin membuang cinta tersebut dari hati, selama dia adalah orang beriman. Tanda-tanda cinta kepada ALLAH dan Rasul-NYA akan tampak kelihatan ketika ada seseorang mengumpat atau mencela Rasulullah S.A.W, mengumpat ALLAH atau menyebut-NYA dengan sebutan yang tidak selayak-NYA. Orang beriman sangat marah jika ALLAH dan Rasul-NYA diumpat, lebih dari kemarahann ya jika ibu dan bapanya diumpat. [Al-Fatawa, 16 : 343] # PenaUla…
ALLAH Subhanawata'ala berfirman; أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَن تَكُونَ لَهُۥ جَنَّةٌۭ مِّن نَّخِيلٍۢ وَأَعْنَابٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ لَهُۥ فِيهَا مِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ وَأَصَابَهُ ٱلْكِبَرُ وَلَهُۥ ذُرِّيَّةٌۭ ضُعَفَآءُ فَأَصَابَهَآ إِعْصَارٌۭ فِيهِ نَارٌۭ فَٱحْتَرَقَتْ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ ٱلْـَٔايَـٰتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ Adakah seseorang di antara kamu suka mempunyai sebuah kebun dari pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai dalam kebun itu segala …
Artikel sebelumnya : SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB DI DAR'IYAH Sebagaimana yang telah disebutkan, Wahabi atau Wahabiyah itu adalah suatu pergerakan pembaharuan di bidang agama khususnya dalam bidang ketauhidan. Tujuannya adalah untuk memurnikan kembali ketauhidan yang tercemar oleh pelbagai macam bid'ah dan khurafat yang membawa kepada kemusyrikan. Untuk mencapai tujuan tersebut, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab telah menempuh pelbagai macam cara dan kaedah. Kadangkala lembut, kadangkala kasar, sesuai dengan sifat orang yang dihadapin…
Al Hasan Al Basri pernah menjenguk orang yang sakit. Setelah orang itu sembuh dari penyakitnya, Al Hasan pun berkata, "Wahai saudaraku, sesungguhnya ALLAH Subhanawata'ala ingat padamu maka ingatlah ALLAH, dan memberimu kurnia maka bersyukurlah kepada-Nya. Sejatinya, penyakit adalah cambuk dari yang Maha Memiliki Kemuliaan. Ada orang yang setelah sakit menjadi lebih baik dan dermawan, dan ada pula seseorang setelah sembuh dari sakit menjadi sakit yang lebih buas seperti keldai dungu." Sumber : Al Bidayah wa Nihayah (9/268)
Artikel Sebelumnya : SEJARAH AWAL PERGERAKAN SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Sesampai Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di kampung wilayah Dar'iyah, yang tidak beberapa jauh dari tempat kediaman amir Muhammad bin Saud (pemerintah wilayah Dar'iyah), Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menemui seorang penduduk di perkampungan itu. Orang tersebut bernama Muhammad bin Sulaim al-Arini. Bin Sulaim ini adalah seorang yang dikenali sebagai seorang yang soleh dikalangan masyarakat tempatan. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab meminta izin untuk tinggal …
Ishaq bin Hani Al Naisaburi berkata : Abu Abdullah R.A telah berkata kepadaku, "Datanglah di pagi hari kepadaku agar engkau menyampaikan sesuatu hal kepadaku tentang zuhud! [1] Kemudian aku datang di pagi hari kepadanya lalu berkata kepada ibu dari anaknya, "Berikanlah kepadaku alas dan bantal!" Kemudian aku menaruhnya di lorong sempit, kemudian keluarlah Abu Abdullah dengan membawa kitab dan alat tulisnya, kemudian dia melihat ke alas dan bantal peluk itu dan berkata, "Apa ini?" Aku menjawab, "Untuk engkau duduk …
Ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi pemimpin, Al Hassan Al Basri menulis surat kepadanya, "Amma ba'du. Sesungguhnya dunia tempat yang mengerikan, dan Adam dipindahkan dari syurga ke dunia sebagai hukuman. Ketahuilah pergolakan yang terjadi di dalamnya bukanlah pergolakan biasa. Kerana sesiapa sahaja yang lebih memuliakan dunia, maka dia pasti terhina dan setiap saat, dunia memakan korbannya. Wahai Amirul Mu'minin, jadikanlah dunia seperti orang yang sedang mengubati lukanya, yang bersabar terhadap getir ubatnya, lantaran takut mend…
Bagi yang tidak mengenali Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardawi (Semoga ALLAH Mengampuninya), mereka menganggap beliau sebagai seorang ulama'. Namun bagi yang diberikan ilmu yang bermanfaat dan kefahaman dalam agamanya, mereka akan dapat mengetahui bahawa kesilapan, kesalahan dan penyimpangan yang dibawa oleh Yusuf Al-Qardawi.
Doa adalah ubat yang amat bermanfaat dan musuh bagi bencana. Ia akan memerangi, mengubati, mencegah, menghilangkan, ataupun meringankan bencana yang menimpa. Doa adalah senjata kaum Mukminin. Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitab sahihnya [1] dari Ali bin Abi Talib R.A, bahawasanya ketika Rasulullah Sallahualaihiwassalam bersabda; "Doa adalah senjata kaum Mukminin dan merupakan tiang agama, serta cahaya langit dan bumi." Ketika bergandingan dengan musibah doa mempunyai tiga kondisi yang seperti berikut : 1. …
RIYADH, 20 September 2022 – “Aktiviti seperti ini tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan, sama ada melibatkan permainan antara dua orang yang sama jantina atau berlainan jantina,” tegas Sheikh Abdullah Al-Manea, ahli Majlis Kibarul Ulama Arab Saudi dalam isu cabaran di laman rangkaian sosial, terutamanya aplikasi TikTok. Tegasnya, cabaran-cabaran tersebut adalah sejenis perjudian dan memakan wang orang lain, satu kebatilan yang dilarang dalam Islam. Keputusan ulama itu yang juga ahli Akademi Fiqh Islam Antarabangsa itu dibuat ketika cabaran da…
Oleh : Anasz Menjadi sebuah negara yang di dalamnya mempunyai 2 kota suci bukanlah suatu perkara yang mudah. Dan dalam masa yang sama, mereka mempunyai rakyat yang mahukan pembaharuan, kesejahteraan dan keselesaan dalam kehidupan mereka. Kita ambil contoh pembanggunan semula Makkah dengan pelbagai infrastuktur moden. Ada yang menerima dengan hati yang terbuka, dan ada yang mengkritik. Kononnya kerajaan Arab Saudi menghancurkan sejarah ISLAM malah ada yang sanggup mengatakan kerajaan Arab Saudi mengubah Makkah menjadi Las Vegas (Nauzubillah). T…
Siapa sahaja memperhatikan seluruh sudut pensyariatan dan perincian hukum-hukum ISLAM akan mengetahui secara pasti bahawa ISLAM ini tidak sejalan dengan segala bentuk kezaliman, khianat dan pelanggaran janji. ALLAH Ta'ala telah mengharamkan segala bentuk kezaliman. Sebagaimana dalam hadis Qudsi, ALLAH Ta'ala berfirman yang bermaksud; "Wahai segenap hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuata zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang ahram antara sesama kalian, maka janganlah kalian sa…
Artikel Sebelumnya : KEADAAN WILAYAH NAJD, HIJJAZ DAN SEKITARNYA SEBELUM GERAKAN TAUHID SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB Muhammad bin Abdul Wahab memulakan pergerakan di kampungnya sendiri di Uyainah. Di waktu itu Uyainah diperintah oleh seorang amir (penguasa) bernama Amir Uthman bin Muamar. Amir Uthman menyambut baik idea dan gagasan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab itu dengan sangat gembira dan beliau berjanji akan menolong perjuangan tersebut sehingga mencapai kejayaan. Selama Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab melancarkan dakwahnya di Uyainah…
Social Plugin