UMUR YANG KEDUA : DEDIKASI BUAT USTAZ RASUL DAHRI RAHIMAHULLAH

Foto FB : Thalhah Mohd Zaki

Ada beberapa amal yang pahalanya terus mengalir, sekalipun pelakunya telah meniggal dunia. Dia tidak boleh lagi beramal, jasadnya sudah dikubur dalam tanah, namun kebaikannya tidak putus.

Itulah hakikat umur yang kedua. Umur di mana kita sudah tidak lagi boleh beramal, namun pahala tetap mengalir.

Kita menyedari bahawa usia kita sebagai umat Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam tidak panjang.

Dalam hadis dari Abu Hurairah Radhiallahuanhu, Nabi Sallahu Alaihi Wassalam menyebutkan;

أَعْمَارُ أُمَّتِي مَا بَيْنَ السِّتِّينَ إِلَى السَّبْعِينَ، وَأَقَلُّهُمْ مَنْ يَجُوزُ ذَلِكَ

Maksudnya: “Umur umatku di antara 60 hingga 70 tahun dan amat sedikit yang lebih daripada itu.” [Riwayat al-Tirmizi (3550), Ibnu Majjah (4236)][Hadith ini dihasankan oleh Syeikh Al-Albani]

Kerana itu sebagai Muslim yang ingin memiliki banyak bekal menuju akhirat, sudah selayaknya dirinya mulai merencanakan amal yang usianya lebih panjang dibandingkan umur dirinya.

Sebagai gambaran sekaligus contoh, ada beberapa manusia yang usia karyanya lebih panjang dibandingkan usia penulisnya.

Anda boleh melihat para ulama dengan aneka karya mereka, usia mereka sebagaimana usia manusia pada umumnya. Bahkan, ada di antara mereka yang usianya 40-an tahun, ada juga usianya 50-an tahun.

Seperti Imam as-Syafie, beliau lahir pada tahun 150 H, dan wafat pada tahun 204 H. Usia beliau hanya 54 tahun, namun mewarnai dunia dengan ilmu dan karya yang menggunung. Disebalik wafat ketika dia berusia hanya 54 tahun, karnya bertahan sehingga sekarang dan ianya sudah melebihi 1200 tahun.

Imam Bukhari, wafat pada tahun 265 H pada usia 62 tahun. Sementara sahih Bukhari tetap bertahan dan menjadi rujukan kaum Muslimin sehingga hari ini. Jika dihitung sejak wafatnya Imam Bukhari, bererti sahih Bukhari sudah berusia lebih dari 1180 tahun.

Masyallah, walaupun usia penulisnya hanya 62 tahun, tetapi karyanya menjangkau ribuan tahun.

Imam An-Nawawi wafat pada tahun 676 H di usia 45 tahun. Sementara karya beliau, seperti Riyadus Solihin atau Arbain an-Nawawiyah bertahan hingga lebih 760 tahun.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah, wafat pada tahun 728 J di usia 67 tahun. Karya-karya beliau banyak di jadikan rujukan sehingga sekarang di pelbagai bidang ilmu. Jika dilihat pada tarikh wafatnya beliau, bererti tulisannya sudah menjangkau lebih dari 715 tahun.

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani, wafat pada tahun 852 H di usia 79 tahun. Karya beliau dalam bidang hadis menjadi acuan bagi generasi setelahnya. Usia karya beliau lebih dari 590 tahun.

Dan masih banyak ulama lainya, yang karya mereka tetap hidup selasa ratusan malah ribuan tahun, sekalipun jasad pemiliknya telah terkubur di dalam tanah. Para ulama mengatakan;

يموت العالم ويبقى كتابه

"Para ulama jasadnya mati, namun karya mereka tetap hidup"

Ibnul Jauzi pernah berpesan,

من أحب الا ينقطع عمله بعد موته فلينشر العلم بالتدوين والتعليم

Sesiapa yang inginkan amalanya tidak putus setelah kematiannya, hendaklah dia sebarkan ilmu dengan tulisan dan kajian (at-Tadzkirah, hlm.55)

Dan telah diketahui umum bahawasanya, guru kami yang tercinta, Ustaz Rasul Dahri (Rahimahullah) telah kembali mengadap sang Pencipta pada 19 Jun 2024 bersamaan 12 Dzul Hijjah 1445 H, selepas asar di rumahnya yang terletak di Ulu Tiram, Johor Darul Ta'zim.

Ustaz Rasul Dahri meninggal dunia pada usia 71 tahun.

Dan kami menyaksikan sendiri, bagaimana Ustaz Rasul Dahri mengerahkan seluruh tenaganya demi menyebarkan dakwah Islam yang murni selaras dengan mazhab Ahli Sunnah Waljama'ah berpaksikan manhaj terbaik, yakni manhaj Salaf As-Soleh.

Baik secara tulisan, audio mahupun visual, kami yakin dan percaya, ilmu yang disampaikan olehnya, akan terus mekar dan berkembang baik secara langsung ataupun tidak langsung.

Akhir kalam, kepada Mu Ya ALLAH, aku bersaksi bahawa Ustaz Rasul Dahri adalah seorang insan yang sentiasa komited dalam menyebarkan sunnah rasul-Mu, membenteras kesyirikkan dan kelompok-kelompok Bid'ah hingga ke kelompok Khawarij yang bertopengkan manhaj Salaf yang mulia. Ya ALLAH, ampunilah dosanya, terimalah amalannya, dan masukkan beliau ke dalam syurga-Mu.



Disalin kembali dari tulisan Ustaz Ammi Nur Baits dari buku "Umur Yang Kedua"

Post a Comment

0 Comments