1. Pertama sekali, aku tak menonton acara sambutan Ma'al Hijrah kerana sibuk. Namun aku mendengar dan melihat perkhabaran bahawa persembahan tahun ini agak luar dari kebiasaan.
2. Jadi aku rasa dekat sini aku nak ulas sedikit la dari perspektif industri kreatif.
3. Apabila sesebuah acara itu diadakan secara berkala. Ianya sedikit sebanyak menjadi beban kepada tenaga pemikir untuk menghasilkan idea-idea baharu demi memastikan sesebuah acara itu terus diterima masyarakat atau releven.
4. Bukan senang untuk mencari idea baharu. Kadangkala sampai kering idea dikerjakan. Sama sepertimana yang berlaku pada sambutan Ma'al Hijrah tahun ini. Takkan nak ulang benda yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya, yakni cerita pasal hijrah Nabi dari Makkah ke Madinah. Perjalanan Nabi menaiki unta ataupun berjalan kaki?
5. Maka, untuk menjadikan persembahan kali ini lain daripada yang lain, maka tenaga pemikir terpanggil untuk membawa idea transformer ke pentas Ma'al Hijrah.
6. Dan yang bawak idea ni pun tak lain dan tak bukan, orang yang suka tengok filem Transformers. Sebab, hanya dia sahaja yang tahu jalan cerita filem berkenaan dan dia jugalah pakar dalam merasionalisasikan kewajaran mengangkat watak dalam transformers menjadi watak dalam acara persembahan Transformers.
7. Jadi, terhasillah persembahan yang menggemparkan kita semua.
8. Cuma difikiran aku, jika hari ini watak Autobots Optimus Prime Transformers boleh berada di pentas Ma'al Hijrah. Mana tau satu hari nanti Autobots Optimus Prime boleh jadi tokoh Ma'al Hijrah di masa akan datang? Inikan Malaysia, nothing impossible. 🤣
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.