KALAU Sekali kita berani Tahan besi tahan api, Rempuh, sampai luluh, Gempur, hingga lebur. Bumi kita, budi kita, Segala sedang meminta, Siapa memberi, siapa merela, Siapa putera kepunyaan bangsa. Kalau sekali memutar diri, Menyerah kalah hanya lagi.
Sumber : Captain M Katanya pesta buku lesu Ujarnya pasar malam dan hari sayu Akibat dari ekonomi negara yang layu Sindirnya pada pemerintah di atas tu. Namun peliknya Tatkala katanya ekonomi negara lesu Namun Meja Iftarnya Laku Hasil penderma beribu-ribu Memberi derma kepada agamawan penipu. Aku marhaen makin keliru. Benarkah ekonomi negaraku layu Tatkala agamawan penipu Mendapat beribu-ribu? Jebat JDT 15 Mei 2017
Orang KL Salahkah kalau aku jadi orang KL Bukan orang JB atau orang KB Itu bukan kebanggaan tapi satu kenyataan Jika orang Kuala Terengganu rindu harum pantai Dan gerak ombak yang tidak pernah selesai Jika lama tidak belayar ingin berbicara dengan laut Aku rindu Kuala Lumpur jika lama tidak bertemu Rindu Menara Berkembar Petronas dan Gugusan pangsapuri, rindu RTM, rindu DBP Salahkah kalau aku jadi orang KL Bukan orang Alor Star atau orang Alor Gajah Itu bukan satu kesombongan tapi satu kenyataan Jika orang Kinabalu rindu pada…
[Gambar Hiasan] Bila agamawan mula berkasta Jadilah jurang antara manusia Si kaya disini si miskin disana Hanya kerana bayaran meja Bila agamawan mula berkasta Mula menjual acara dunia Lalu diselit urusan agama Meragut setiap harta manusia Bila agamawan mula berkasta Iftar yang mulia mula dikira Kasta kaya bertentangan mata Kasta miskin melihat songkok semata. Jebat Johor Bahru 2.00pm 13 Mei 2017
Gambar Hiasan Agamawan sebenar.... Menasihati secara sembunyi Bukannya bermadah puisi Agamawan sebenar... Menegur dengan berhemah Bukan menyindir menyeranah Agamawan sebenar... Berkata dengan benar Bukan merepek spin konar Agamawan sebenar... Bercuti berkasih sayang Bukan ke Aussie tayang2 Agamawan sebenar... Ikhlas membantu Umarak Bukan mengapi menambah marak Nukilan : Dinda Alin Sarimah
Oleh : Jebat* Mengapa kita tidak kaya raya? Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja.. Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya? Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta Bukan kita tidak tahu Jalan, denai dan liku Agar harta ditemu dan disapu Tapi semuanya cara palsu dan tipu.. Bukan kita tidak mahu, Tapi kita tidak mampu, Takut dan terkedu Mengenangkan Yang Maha Satu Yang Tiada BagiNya sekutu Ya, telah kaya para pengkhianat, Dengan harta yang sarat, Tapi mereka lupa akhirat, Balasan yang berat, Dunia, jiwa bertukar men…
Mati itu benar Mati itu pasti Tanpa kira siapa kita Pangkat kita Kedudukan kita Kita semua hamba-Nya Dari dia kita datang Dari dia kita kembali Itulah lumrah alam Bagi Insan yang kerdil dan hina ini. Inallillahi wainallillahi rojiun buat anak kepada pemerintahku YAM Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail Kau pergi mendahului kami Insyallah kami akan menyusuli kamu tak lama lagi. ____________ Pena Minang Kuala Lumpur
Sungguhlah Semenanjung negeri yang mulia khazanahnya makmur sangatlah kaya kepada makhluk memberi bahagia senang sentosa bersuka ria. Negeri pun aman bertambah ramai bandar pelabuhan sangatlah permai rakyat bernaung rukun dan damai laksana benih baru disemai. Perintah pun adil dengan sempurna masyhurlah warta ke mana-mana kaya dan miskin serupa kana tiada berbeza mulia dan hina. Patutlah negeri aman sentosa rakyat mundur beribu laksa saudagar berhimpun berbagai bangsa perniagaan maju berpanjangan masa. Demikian pula peru…
Alangkah permai dipandang mata negeri Semenanjung bumi yang rata bukit berbaris laksana kota molek dan gerun bersama serta. Pantas menganjur kanan dan kiri ombak memecah membanting diri alunya deras sama selari kapal belayar pergi dan mari. Pulau berjejer di tengah lautan jauh dan dekat tampak kelihatan seumpama dinding tanah daratan tampak bersela di celah hutan. Apabila ditilik diamat-amati negeri Semenanjung tanah yang sakti di sebelah jawi besarlah hati ke benua besar umpama titi Negeri Semenanjung tanah yang elok be…
Bangkitlah bangkit! mengapa tidur lama sangat? di mana dapat mencari negeri sekaya negeri kita! bangkitlah bangkit! timah sudah dimasak sudahlah hangat mengapa dibiarkan bangsa lain mengambil bijih kita? bangkitlah bangkit! tidakkah ingin menjadi kaya dengan bangat? mengapa dibiarkan bangsa lain bertanam getah di tanah kita? bijih dan getah! bijih dan getah! inilah jalan kekayaan yang tentu hasil negeri kita yang besar dapat di situ bijih dan getah! bijih dan getah! dari sebab itu bangkitlah bangkit! jangan asyik berjoget liha…
Oleh : Eddy (Brunei) AKU duduk bersendirian dia atas batu di tepi pantai. Fikiran jauh melayang memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk membayar yuran persekolahanku. Cikgu Azlan, iaitu guru disiplin sekolahku sering kali mengingatkan kepadaku tentang yuran persekolahanku yang masih lagi belum berbayar. Kini masuk ke bulan Mei, namun aku belum mampu membayarnya. Pelajar-pelajar yang lain sudah membayarnya pada bulan pertama persekolahan bermula. Hanya aku sahaja yang belum lagi menjelaskannya. Hari itu aku tidak terus balik ke ruma…
Oleh : Maya Brunei IZAH mendesak Alif agar bertindak cepat sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, Aliftambah bingung apabila Izah sudah sampai ketahap memaksa agar Alif bertanggungjawab. Tanggungjawab apa…? Tuntutan Izah itu terlalu berat untuk dibayar oleh Alif, apa lagi untuk membawa Izah lari dan bernikah di luar negeri mustahil dan ini tidakakan terjadi. Tapi Izah beria-ia minta pertanggungjawaban daripada Alif. “Bawa Izah lari dari sini bang…” rasa hendak tercabut tangan Alif ditarik-tarik oleh Izah. “Lari ke mana…?” Alif …
[Gambar Hiasan] Ini, satu wadah yang bagus untuk dilalui oleh siapa jua atau negeri, kerana padanya ada nilai : persahabatan atau setiakawan. Tidakkah ini juga jalan kepada kebaikan bagi kehidupan? Jika ia dalam perkara ekonomi tidakkah ini bermakna menjana ekonomi itu sendiri? Jika dalam perkara pendidikan tidakkah pula bererti kita adalah memperkasa pendidikan? Ya, semuanya itu bagus belaka semuanya itu baik belaka. Inilah trend baru kini yang sangat digemari, harap-haraplah ia bukan di atas kertas cuma tetapi akan…
Rasa dan perasaan Gandingan yang ada dalam fikiran Setiap insan di dunia Baik yang muda Maupun kepada yang tua. Rasa juga mudah tergoda Perasaan juga mudah terguna. Jika terlalu mengikut rasa Ada yang terus binasa Dan ada yang Terus keliru kerana ikut rasa. Berfikir diri untuk membetulkan Agar tidak jatuh terjerumus Berfikir itu banyak gunanya Supaya tidak pendek fikiran Semua yang ada baik semuanya. Oleh itu jangan ikut rasa hati Kelak takut jadi binasa Yatim Budiman Brunei
Geli _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ mereka Lagak _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ ilmu tiada Buat _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ berhujjah Nak _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ usaha. Mereka _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ berjuang Tapi _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ siamang Yang _ _ _ _ _ Usaha Hanya _ _ _ berjaya. Namun _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ tenaga Mereka _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ karam Mereka _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ dipujuk Tapi _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ memujuk Ma…
Sungguh amat menakjubkan ghaibnya sebuah penerbangan yang lenyap hilang di mana gerangan pesawat MAS MH370 ke mana haluan yang mengimbau keluhan dan ratapan begitu sedih sekalian insan terpaut pilu turut merasakan kaum keluarga yang lebih terkilan pahit dan getir terlalu menekan. Semua keluarga yang menanti kini hanya tangis tang diuliti yang ditunggu ke mana lagi hilangnya terlalu ajaib sekali berapa banyak negara ikut mencari hingga kini tiada apa yang diketemui keluarga juga yang meratap hati. Sedangkan hala sudah diten…
Social Plugin