Oleh : Eddy (Brunei)
AKU duduk bersendirian dia atas batu di tepi pantai. Fikiran jauh melayang memikirkan apa yang perlu aku lakukan untuk membayar yuran persekolahanku. Cikgu Azlan, iaitu guru disiplin sekolahku sering kali mengingatkan kepadaku tentang yuran persekolahanku yang masih lagi belum berbayar.
Kini masuk ke bulan Mei, namun aku belum mampu membayarnya. Pelajar-pelajar yang lain sudah membayarnya pada bulan pertama persekolahan bermula. Hanya aku sahaja yang belum lagi menjelaskannya.
Hari itu aku tidak terus balik ke rumah. Aku ingin mencari ketenangan seketika. Aku malu pada guru dan juga teman-temanku. Bukannya aku tidak mampu membayar tetapi aku memerlukan sedikit waktu untuk mendapatkan wang.
Ayah sudah lama meninggal dunia. Kini aku bersama dua orang adikku hidup bersama ibu. Ibu hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan iaitu menjual nasi lemak dan kuih-muih.
Pendapatan ibu pula tidak menentu. Ada kalanya jualan itu habis dan ada waktunya tidak. Dengan wang hasil perniagaan ibu digunakan untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.
Mataku terus liar memerhatikan kawasan sekeliling pemandangan pantai itu. Kini kelihatan ramai pengunjung telah berada disitu. Ada yang berkumpul bersama keluarga, bermandi-manda, mengadakan aktiviti sukan dan sebagainya. Ada sebahagian ibu bapa pula sedang memerhatikan anak-anak mereka bermain di tepi pantai.
Burung-burung kelihatannya bergembira terbang ke sana ke mari bersama-sama teman seperti berkejaran sesama sendiri. Alangkah eloknya jika sekiranya aku seperti mereka. Fikir hatiku. Bebas daripada memikirkan masalah. Bebas dari segalanya. Boleh terbang sesuka hati dan merantau jauh ke negeri orang. Ah, lupakan saja.
Di sudut lain pula kelihatan nelayan-nelayan sedang sibuk menyusun barang-barang alat menangkap ikan untuk dinaikkan ke atas perahu mereka. Beberapa orang nelayan lain juga sibuk menurunkan perahu mereka dari trailer. Ada yang menggunakan kereta pacuan empat roda dan ada juga yang menggunakan kereta salon untuk mengangkat perahu mereka.
“Hai Lan. Termenung nak kahwin kah? Dari tadi melamun saja,” kedengaran suara usikan seseorang dari arah belakang.
“Eh, kau Jehan. Aku fikir siapa tadi,” tegurku sebaik sahaja menoleh ke belakang. Aku terus mengajak Jehan duduk disampingku.
“Apa yang kau fikirkan?” tanya Jehan inginkan penjelasan daripadaku. Dia seolah-olah dapat menangkap permasalahanku yang sedang aku fikirkan.
“Dilihat dari raut wajah kau, aku pasti kamu mempunyai masalah,” tambah Jehan lagi kerana ingin mengetahuinya.Dia ingin membantu.
“Sebenarnya aku mempunyai masalah tentang yuran sekolahku yang belum lagi aku jelaskan.Cikgu Azlan sering kali mengingatkan padaku. Jikalau aku belum menjelaskan hingga pertengahan tahun ini, aku tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan,” aku menerangkan masalah yang sedang aku hadapi.
Mulanya aku agak keberatan untuk memberitahu perkara tersebut pada Jehan tetapi disebabkan desakan ingin tahu daripada Jehan, aku terpaksa luahkan juga kepadanya.
“Awakkan tahu tentang keluarga kau bukannya daripada keluarga yang senang. Pendapatan ibu pula tidak seberapa tertakluk pada hasil jualannya. Jika bernasib baik, boleh juga beroleh pendapatan hingga lima puluh ringgit sehari tetapi jika tidak sepuluh ringgit pun susah nak dapat,” aku menambah dan menerangkan mengenai pendapatan yang diperolehi oleh ibuku.
Kami diam seketika dan melayan fikiran masing-masing. Aku terus menikmati keindahan yang cantik di pantai itu. Kini semakin ramai pengunjung berada disitu. Kedengaran suara jeritan ibu bapa memanggil anak-anak mereka yang sedang mandi di pantai. Mereka nampaknya risau tentang anak-anak mereka yang bermain di air.Alunan ombak juga tidak ketinggalan untuk sama-sama memainkan iramanya. Air yang nampak jernih itu menampakkan bintang-bintangkecil sedang berenang-berenang bermain bersama.
“Aku ada cadangan, itu pun kalau kau setuju,” tiba-tiba Jehan bersuara setelah sekian lamamembisu.
Jehan membetul kedudukannya. Kini dia menghadap ke arahku.
“Apa dia cadangan itu,” aku bertanya pada Jehan inginkan penjelasannya.
Aku tidak sabar mendengar cadangan yang akan beritahu olehJehan itu. Mataku beralih memandang wajah Jehan.
“Apa kata kita bekerja di kedai runcit Pak Cik aku. Pak Cik aku sedang mencari pekerja waktu ini. Kita boleh menolongnya selepas habis waktu sekolah,” Jehan memberitahu cadangan untuk bekerja di kedai pak ciknya.
“Cadangan itu bagus tapi aku tidak dapat memberikan jawapannya sekarang. Aku perlu memberitahu perkara ini kepada ibuku. Aku hendak meminta kebenaran daripadanya terlebih dahulu. Aku tidak mahu menyembunyikan perkara ini daripadanya.”
“Baiklah. Aku tunggu jawapan dari kau,” balas Jehan sambil berdiri kerana hendak beredar.
Kebetulan waktu itu jam menunjukkan pukul 5.30petang. Dia ada perkara lain yang perlu dilakukannya.
“Ibu, Lan ada perkara nak beritahu ibu,” aku memulakan perbualan ketika kami sekeluarga sedang menikmati makan malam. Sebelum meneruskan perbualan, aku meneguk air putih.
“Apa dia Lan”, tanya ibu padaku. Ibu menikmati makanan yang terhidang dengan begitu berselera.
“Sebenarnya Lana ada permintaan daripada ibu. Itu pun kalau ibu tidak keberatan. Lan nak bekerja tapi selepas waktu sekolah. Lan boleh juga membantu ibu dalam segi kewangan. Boleh juga Lan membayar yuran Lan yang belum lagi dijelaskan,” aku memberitahu ibu tentang keinginanku untuk bekerja.
Ibu diam dan berfikir seketika. Dua orang adikku pula begitu asyik makan ayam masak cili padi yang diberikan oleh jiran sebelah. Jiran sebelah memang baik hati kerana tidak lokek memberikan sedekah pada keluarga kami sama ada yang berupa makanan atau pun barang-barang keperluan.
“Kalau itu kehendak Lan, ibu tidak melarang asalkan Lan pandai membahagikan masa. Cuma satu sahaja ibu pinta, jangan mengabaikan pelajaran. Pelajaran adalah senjata utama untuk terus hidup Lan, ibu menyatakan persetujuannya sambil memberikan kata-kata nasihat buatku. Aku berasa senang dengan jawapan yang diberikan.
Ibu merasa terharu dan gembira mendegar penjelasan daripadaku. Dia tidak menyangka aku sudi membantunya dalam mencari sumber kewangan walaupun umurku baharu sahaja lima belas tahun. Ibu bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang baik dan hormat kepada orang tua.
Keesokkan harinya aku terus menuju ke dewan sekolah untuk berjumpa Jehan. Kebiasaannya Jehan akan berada di dewan sementara menunggu waktu belajar bermula. Pagi itu aku ingin menyampaikan perkhabaran gembira kepadanya.Tidak sabar rasanya aku ingin memulakan kerja di kedai runcit pakcik Jehan. Aku ingin mengumpul wang untuk menjelaskan yuran persekolahanku yang tertunggak.
“Hai Jehan. Awal kau hari ini,” aku memanggil Jehan dari luar dewan.
Jehan tidak menyedari dengan kehadiranku. Jehan berhenti membaca dan meletakkan bukunya di atas meja.
“Aku setuju dengan cadangan kau kelmarin.Ibu aku pun dah setuju aku bekerja di kedai runcit pak cik kau,” aku memberitahu Jehan tentang tujuanku berjumpanya pagi itu.
“Kalau macam itu, petang nanti kita jumpa pak cik aku.”
“Baiklah, kita smaa-sama ke sana,” balasku.
Lonceng berbunyi menandakan kelas akan bermula. Aku dan Jehan bingkas bangun dan terus menuju ke kelas masing-masing. Persekolahan pagi itu berjalan dengan lancar. Cikgu Azlan tidak kelihatan.
Selalunya dia akan melawat ke kelas-kelas untuk melihat persekitaran sekolah dan suasana pelajar-pelajar. Mungkin hari itu dia sibuk ataupun berada di luar sekolah. Aku risau jika Cikgu Azlam bertanyakan lagi tentang pembayaran yuran sekolahku.
Petang itu seperti yang telah dijanjikan, aku dan Jehan pergi ke kedai runcit pak ciknya. Kami berjumpa Pak Cik Hamdan dan menerangkan tujuan kami berjumpanya. Pak Cik Hamdan berasa gembira atas kesanggupan kami membantunya. Pak Cik Hamdan bermurah hati untuk memberikan kami gaji sebanyak $2.00 sejam.
Setiap hari selepas sahaja selesai sesi persekolahan, aku dan Jehan terus sahaja bekerja di kedai runcit Pak Cik Hamdan. Hari Jumaat dan Ahad, kami akan bekerja dari pagi hingga petang. Di musim cuti persekolahan pula, kami akan bekerja setiap hari. Aku semakin seronok bekerja di kedai Pak Cik Hamdan.
Beberapa bulan bekerja di kedai runcit Pak Cik Hamdan, aku telah dapat mengumpulkan wang hasil dari titik peluhku sendiri. Baharulah aku tahu betapa susahnya mencari wang. Begitulah juga kesusahan emak mencari wang buat perbelanjaan kami sehari-hari.
Fikiranku melayang jauh bersendirian dan di dalam hati berasa gembira dengan hasil wang yang aku perolehi. Hasil daripada wang gaji yang dikumpul, aku akan gunakan untuk menjelaskan yuran persekolahanku dan selebihnya digunakan untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Hari ini aku pergi ke sekolah dengan penuh kegembiraan.
Aku hendak berjumpa dengan Cikgu Azlan untuk menjelaskan wang bayaran yuran persekolahanku yang tertunggak. Sebelum kelas bermula pagi itu, aku terus pergi ke bilik pentadbiran untuk mencari Cikgu Azlan. Sebaik sahaja sampai di depan pintu biliknya, aku terus mengetuk pintu sambil memberi salam.
“Assalamualaikum cikgu.”
“Waalaikumsalam,” kedengaran suara Cikgu Azlan membalas daripada dalam biliknya.
Tanpa arahan daripada Cikgu Azlan, aku membuka pintu dan melangkah masuk dengan perlahan.
Kelihatan Cikgu Azlan sedang sibuk memeriksa fail-fail pelajar. Suasana biliknya agak sunyi dan hanya kedengaran ketukan kecil jam dinding yang memainkan peranannya yang penting dalam mengira masa, tanpanya kita tidak akan tahu waktu-waktu yang tertentu.
“Awak Mazlan. Silakan duduk”, Cikgu Azlan mempelawaku duduk.
“Terima kasih cikgu,” jawabku ringkas.
“Ada apa Mazlan berjumpa cikgu pagi ni,” tanya Cikgu Azlan.
Tangannya masih lagi ligat menyusun fail-fail yang berselerak dimejanya.
“Saya berjumpa cikgu ni kerana hendak membayar yuran persekolahan,” terangku dengansopan.
Kini meja Cikgu Azlan kembali kemas. Ada beberapa keping kertas tersusun dimejanya.
“Oh… nampaknya selepas ini cikgu tidak akan sering berjumpa kamu,” beritahu Cikgu Azlan sambil tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih.
Cikgu Azlan seorang guru yang baik hati tetapi tegas dalam disiplin.
“Baiklah, kita pergi ke bahagian kewangan,” ujar Cikgu Azkan sambil berdiri dan bergerak meninggalkan biliknya. Aku juga turut mengikutinya dari belakang.
Aku berasa gembira dan tidak perlu risau lagi kerana dapat menjelaskan wang yuran persekolahanku. Ini bermakna aku akan dapat menduduki peperiksaan kelak. Aku akan belajar bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Tajuk asal cerpen ini ialah : Elaun
2 Comments
ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA MBAH GENEP,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN MBAH SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN MBAH GENEP,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (((085-110-369-888))) MBAH GENEP JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL MBAH GENEP SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI..
ReplyDelete• لالله�أشهدألاإله إلاالله،وأشهدأن Ù…Øمدرسوالله
nike mercurial
ReplyDeletekate spade outlet
barcelona football shirts
ray ban sunglasses outlet,ray ban sunglasses,ray ban,rayban,ray bans,ray ban outlet,ray-ban,raybans,ray ban wayfarer,ray-ban sunglasses,raybans.com,rayban sunglasses,cheap ray ban
swarovski outlet
nike free
russell westbrook jersey
jeremy maclin jersey,jamaal charles jersey,joe montana jersey,justin houston jersey,dontari poe jersey,eric berry jersey
football shirts
the north face
tory burch handbags
chiefs jersey
chicago blackhawks jersey
nike air huarache
cardinals jersey
miami heat jersey
north face jackets
baltimore ravens jerseys
chicago bulls jersey
lebron shoes
moncler jackets
michael kors handbags
christian louboutin sale
chanel handbags
tommy hilfiger outlet store
nike trainers,nike trainers uk,cheap nike trainers,nike shoes uk,cheap nike shoes uk
hermes bracelet
yongri0707
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.