Sungguh amat menakjubkan ghaibnya sebuah penerbangan yang lenyap hilang di mana gerangan pesawat MAS MH370 ke mana haluan yang mengimbau keluhan dan ratapan begitu sedih sekalian insan terpaut pilu turut merasakan kaum keluarga yang lebih terkilan pahit dan getir terlalu menekan. Semua keluarga yang menanti kini hanya tangis tang diuliti yang ditunggu ke mana lagi hilangnya terlalu ajaib sekali berapa banyak negara ikut mencari hingga kini tiada apa yang diketemui keluarga juga yang meratap hati. Sedangkan hala sudah ditentukan tapi ke mana pula arah tujuan hala yang sudah menjadi kelaziman apakah yang menyebabkan demikian di mana pangkal ke mana haluan? Yang menunggu harap-harapan begitu terasa bagai kehampaan yang ditunggu tidak kelihatan teramat sedih dan putus harapan terasa kasih putus di tengah jalan apakan daya sudah suratan. Di mana pun sekalian hamba berada kalau sudah saat dan ketika hadirnya suatu insiden menerpa tiada siapa yang tahu akan hadirnya apa tah lagi untuk menghindarinya di sanalah terukir wajah peristiwa. Tetapi tragedi MH370 di mana?... dan suara sudah menjelaskannya (di Lautan Hindi), tetapi tiada pastinya entah bilakah akan sudahnya dunia juga mengikut setiap masa. Bahawa situasi yang kini memulas sudah mengukir sejak 8 Mac 2014 mereka yang mencari belum terasa puas kerana mereka mahu melihat lebih jelas untuk didetil, dibahas dan diulas dan dibahas dengan begitu kemas. Kotak Hitam amat diperlukan hingga kini belum kelihatan di sanalah akan menentukan punca insiden atau kejadian untuk dipersoalkan dan diperbahasan. Kita juga harus menyedarinya yang menganut kesucian ugama yang mewarnai jiwa dan raga selalu berdoa walaupun di mana moga sentiasa terlindung dari petaka apa juga yang membawa bencana. Peristiwa yang kini bergema bukannya suatu lakonan dan sandiwara ia adalah suatu bencana dan petaka memaparkan wajah-wajah duka terlalu sedih beraneka duka dan lara sanak saudara mereka begitu kecewa sudah nasib apakah daya atau bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Tetapi kita juga turut berdukacita pilunya terlalu menyayat di dada adalah demi perikemanusiaan juga yang sudah beristana di hati kita hanya itu yang dapat kita kata sumbangan simpati sebagai hamba. Ini bukannya sebuah cerita jenaka ianya sudah jelas dan nyata terpapar di muka-muka akhbar dan media radio dan kaca-kaca tv di depan mata betapa sudah suratan apakan daya yakinlah, bahawa semuanya takdir Allah sudah menentukannya. M.S Sofian Brunei Darussalam
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.