POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

[SAJAK] TIMANG-TIMANGAN BAGI SEMENANJUNG MELAYU II

Sungguhlah Semenanjung negeri yang mulia
khazanahnya makmur sangatlah kaya
kepada makhluk memberi bahagia
senang sentosa bersuka ria.

Negeri pun aman bertambah ramai
bandar pelabuhan sangatlah permai
rakyat bernaung rukun dan damai
laksana benih baru disemai.

Perintah pun adil dengan sempurna
masyhurlah warta ke mana-mana
kaya dan miskin serupa kana
tiada berbeza mulia dan hina.

Patutlah negeri aman sentosa
rakyat mundur beribu laksa 
saudagar berhimpun berbagai bangsa
perniagaan maju berpanjangan masa.

Demikian pula perusahaan tanah
berbagai hasil memberi khazanah
ada yang emas ada yang timah
menjadi perniagaan sepanjang sunah.

Demikian juga kebun dan bendang
menjadi perusahaan ahli peladang
sangatlah subur mata memandang
ada yang luas ada yang sedang.

Sungguhlah Semenanjung tanah berbudi
memberi kemakmuran barang yang sudi
segala perusahaan sangatlah jadi
istimewa berkebun bersawah padi.

Kebun getah kebun kelapa
segenap daerah boleh berjumpa
kesuburan hidupnya nampak terupa
memberi kehasilan tiadalah alpa.

Patutlah Semenanjung negeri terbilang
murah dan makmur tiada berselang
ramailah dagang datang berulang
mencari kehidupan tiada berhalang.

Kedatangan dagang menumpang diri
berbuat usaha sepanjang hari
beramah dengan anak negeri
kisah dan mesra sama sendiri.

Alangkah manis dipandang orang
daripada dahulu sampai sekarang
berkasih sayang nyatalah terang
bertambah-tambah bukanlah kurang.

Apabila Semenanjung melihat keadaan
putera dan dagang bersuka-sukaan
bersama-sama membuat perusahaan
besarlah hati dengan kegembiraan.

Wahai Semenanjung negeri yang masyhur
tanahmu luas sangatlah makmur 
datanglah dagang Barat dan Timur
menumpang hidup sepanjang umur.

Wahai Semenanjung negeri pusaka
masyhur namamu tanah Melaka
wangi sebut sebilang ketika
tempat dagang menumpang suka.

Payah dicari sebagai jasamu
sangat meraikan sebarang tamu
dagang senteri tiadalah jemu
segenap bangsa boleh bertemu.

Patutlah engkau tanah berjasa
menjadi sebutan sebilang masa
kasih sayang segenap bangsa
datang berkampung berkampung desa.

Wahai semenajung tanah yang bahari
masyhur namamu ke sama ke mari
banyak berhimpun dagang senteri
tumpang berteduh panas matahari.


Malaya, Jun 1926

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.