POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

[SAJAK] TIMANG-TIMANGAN BAGI SEMENANJUNG TANAH MELAYU I

Alangkah permai dipandang mata
negeri Semenanjung bumi yang rata
bukit berbaris laksana kota
molek dan gerun bersama serta.

Pantas menganjur kanan dan kiri
ombak memecah membanting diri
alunya deras sama selari
kapal belayar pergi dan mari.

Pulau berjejer di tengah lautan
jauh dan dekat tampak kelihatan
seumpama dinding tanah daratan
tampak bersela di celah hutan.

Apabila ditilik diamat-amati
negeri Semenanjung tanah yang sakti
di sebelah jawi besarlah hati
ke benua besar umpama titi

Negeri Semenanjung tanah yang elok
berkenaan letak rantau dan teluk
segenap daerah jajahan takluk
besarlah jasa kepada makhluk.

Tanah menganjur tampak terbentang
Ke Sisi Sumatera hala melintang
menjadi selat seumpama batang
tempat pelayaran pergi dan datang.

Alangkah molek kejadian alam
ditakdir Ilahi Khaliq al-alam
terjadilah selat lautan dalam
tempat pelayaran siang dan malam.

Jika boleh diambil kira
tanah Semenanjung dengan Sumatera
menjadi pintu sama setara
ke laut jawi bandar negara.

Jika difikir seketika masa
Takdir Tuhan yang Maha Kuasa
sangat besar kegunaan jasa
selat terbuka sentiasa.

Apabila diperhati ke dalam peta
keadaan alam benua yang rata
sebelah Timur negeri semata
tanah Semenanjung menjadi kota.

Kota yang kukuh gunung barbatu
dengan Sumatera menjadi sekutu
bagi kebajikan bantu berbantu
kerana selat menjadi pintu.

Wahai Semenanjung tanah bertuah
besar jasamu dikurniai Allah
menganjur ke laut sebelah-menyebelah
kepada dunia besar faedah.

Betapa Semenanjung tanah bertuah
melihat keadaan di dalam benua
putera bekerja tiada kecewa
sama sepakat muda dan tua.

Patutlah Semenanjung sangat murahnya
memberi kehasilan di dalam perutnya
timah dan emas sangat mewahnya
demikian pula tumbuh-tumbuhannya.

Patutlah Semenanjung ibu yang gahara
sangat mengasihi kepada putera
memandang dagang sama setara
sedikit tidak diberi cedera.

Dagang dan putera sama dikasihi
sekalian khazanah sama diserahi
rajin usaha lebih-melebihi
sedikit tidak selisih kelahi.

Berapa luas hutan belantara
rimba berlukar gunung segara
telah bertukar pekan negara
menjadi pekebunan nur dan para.

Berjenis nika boleh dilihat
usaha pekerjaan segenap rakyat
subur dan makmur di segenap tempat
memperoleh kehasilan berlipat-lipat.

Patutlah Semenanjung berbesar hati
segenap kehasilan boleh didapati
memberi kekayaan beribu kati
kepada dagang putera dan jati.

Malaya, Mei 1926

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.