DUNIA TEMPAT MENGERIKAN


Ketika Umar bin Abdul Aziz menjadi pemimpin, Al Hassan Al Basri menulis surat kepadanya, "Amma ba'du. Sesungguhnya dunia tempat yang mengerikan, dan Adam dipindahkan dari syurga ke dunia sebagai hukuman. Ketahuilah pergolakan yang terjadi di dalamnya bukanlah pergolakan biasa. Kerana sesiapa sahaja yang lebih memuliakan dunia, maka dia pasti terhina dan setiap saat, dunia memakan korbannya. Wahai Amirul Mu'minin, jadikanlah dunia seperti orang yang sedang mengubati lukanya, yang bersabar terhadap getir ubatnya, lantaran takut menderita dalam jangka waktu yang lama. Wassalam."

Sumber :

Hilyah Al Auliya (2/148) dan Tahzib Al Hilyah (1/3334)

Post a Comment

0 Comments