ISLAM MENGHARAMKAN PERBUATAN ZALIM, KHIANAT DAN MELANGGAR JANJI


Siapa sahaja memperhatikan seluruh sudut pensyariatan dan perincian hukum-hukum ISLAM akan mengetahui secara pasti bahawa ISLAM ini tidak sejalan dengan segala bentuk kezaliman, khianat dan pelanggaran janji.

ALLAH Ta'ala telah mengharamkan segala bentuk kezaliman. Sebagaimana dalam hadis Qudsi, ALLAH Ta'ala berfirman yang bermaksud;

"Wahai segenap hamba-Ku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuata zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang ahram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi." [1]

Sebagaimana firman ALLAH Azzawajalla mengharamkan perbuatan khianat dalam firman-Nya;

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَخُونُوا۟ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓا۟ أَمَـٰنَـٰتِكُمْ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)." (Al Anfal : 27)

Rasulullah Sallahua Alaihiwassalam yang bermaksud ;

"Tanda kemunafikan ada tiga, apabila berkata, ia dusta, apabila berjanji, ia mengingkari, dan apabila diberikan amanah, ia berkhianat." [2]

ALLAH Azzawajjalla memerintah untuk menepati janji sebagaimana dalam firman-Nya;

بَلَىٰ مَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِۦ وَٱتَّقَىٰ فَإِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَّقِينَ

"Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana), sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa." (Ali Imran : 76)

وَلَا تَقْرَبُوا۟ مَالَ ٱلْيَتِيمِ إِلَّا بِٱلَّتِى هِىَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُۥ ۚ وَأَوْفُوا۟ بِٱلْعَهْدِ ۖ إِنَّ ٱلْعَهْدَ كَانَ مَسْـُٔولًۭا

"Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya." (Al Isra' : 34)

Melanggar janji adalah dosa besar dalam hitungan syariat ISLAM. Rasulullah Sallahu Alaihiwassalam bersabda (yang bermaksud);

"(Ada) empat perkara. Siapa sahaja yang empat perkara ini terdapat padanya, ia adalah orang munafik murni, dan siapa sahaja yang salah satu dari empat perkara ini terdapat padanya, padanya ada satu ciri kemunafikan, (iaitu) : apabila diberi amanah, ia berkhianat, apabila berkata, ia berdusta, apabila membuat janji, ia ghadar 'perbuatan melanggar janji', dan apabila dia berdebat, ia curang [3]

Juga dalam hadis yang lain, yang bermaksud ;

"Bendera akan diangkat pada hari kiamat bagi setiap orang yang  ghadar. Dikatakan (kepadanya), 'Inilah ghadar-nya si fulan." [4]

Semoga ALLAH menjauhkan kita semua dari segala perbuatan dosa dan seluruh bentuk penodaan terhadap keindahan agama.

_____

[1] Diriwayatkan oleh Muslim no. 2577 dari Abu Dzar R.A

[2] Hadis riwayat Abu Hurairah R.A , riwayat Al Bukhari no. 33, 2682, 2749, 6095, Muslim no. 59, dan At-Tirmizi no. 2636.

[3] Hadis Abdullah bin Amr' bin Ash R.A riwayat Al Bukhari no.34, 2459, 3178, dan Muslim no. 2635.

[4] Hadis Riwayat Al Bukhari no. 3188, 6177, 6178, 6966...

Post a Comment

0 Comments