Artikel Sebelumnya : KEADAAN WILAYAH NAJD, HIJJAZ DAN SEKITARNYA SEBELUM GERAKAN TAUHID SYEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB
Selama Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab melancarkan dakwahnya di Uyainah, masyarakat di negeri itu samaada lelaki dan wanita merasakan kembali kepada kenikmatan yang luar biasa, yang selama ini belum pernah mereka rasakan. Dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab bergema di negeri merek. Ukhwah ISLAMIYYAH & persaudaraan ISLAM telah tumbuh kembali berkat dakwahnya di seluruh pelusuk Uyainah dan sekitarnya. Orang-orang dari jauh pun mula mengalir berkhijrah ke Uyainah, kerana mereka menginginkan keamanan dan ketenteraman jiwa di negeri ini.
Pada suatu hari, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab meminta izin dari Amir Uthman untuk menghancurkan sebuah bangunan yang dibina di atas maqam Zaid bin Al-Khattab. Zaid Al-Khattab adalah saudara kandung Umar Al-Khattab, khalifah Rasulullah Sallahualaihiwassalam yang kedia. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mengemukakan alasannya kepada amir, bahawa menurut hadis Rasulullah Sallahualaihiwassalam, membina sebuah bangunan di atas kubur adalah dilarang, kerana yang demikian itu akan menjurus kepada kemusyrikan. Amir menjawab ;
"Silakan... tidak ada seorang pun yang boleh menghalang rancangan yang mulia ini."
Tetapi Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mengajukan pendapat bahawa beliau khuatir masalah itu kelak akan dihalangi oleh ahli jabiliyyah (kaum badwi) yang tinggal berdekatan maqam tersebut. Lalu amir menyediakan 600 orang tentera untuk tujuan tersebut bersama-sama Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab merobohkan maqam yang dikeramatkan itu.
Sebenarnya, apa yang mereka sebut sebagai maqam Zaid bin Al-Khattab R.A yang gugur sebagai syuhada Yamamah ketika menumpaskan gerakan Nabi Palsu (Musailamah Al Kazzab) di negeri Yamamah suatu waktu dulu, hanyalah berdasarkan prasangka belaka. Kerana di sana terdapat puluhan syuhada (pahlawan) Yamamah yang dikebumikan tanpa jelas lagi pengenalan mereka. Boleh jadi yang mereka anggap maqam Zaid Al-Khattab itu adalah maqam orang lain.
Tetapi oleh kerana masyarakat tempatan di situ telah terlanjur beranggapan bahawa itulah maqam beliau, mereka pun mengkeramatkannya dan membina sebuah masjid di tempat itu, yang kemudian dihancurkan pula oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab atas bantuan Amir Uyainah, Uthman bin Muammar.
Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab tidak berhenti setakat itu, akan tetapi di semua maqam-maqam yang dipandang berbahaya bagi aqidah ketauhidan, yang dibina seperti masjid yang pada ketika itu berselerak di seluruh wilayah Uyainah turut diratakan semuanya. Hal ini adalah untuk mencegah agar jangan sampai dijadikan objek peribadatan oleh masyarakat ISLAM tempatan yang sudah mulai nyata kejahiliyahan dalam diri mereka. Dan berkat rahmat ALLAH, maka pusat-pusat kemusyrikan di negeri Uyainah itu telah terkikis habis sama sekali.
Setelah selesai dari masalah tauhid, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mula menerangkan dan mengajarkan hukum-hukum syariat yang sudah beradab-abad hanya termaktub sahaja dalam buku-buku fiqh, tetapi tidak pernah diterapkan sebagai hukum yang diamalkan. Maka yang dilaksanakan mula-mula sekali ialah hukuman rejam bagi penzina.
Pada suatu hari datanglah seorang wanita yang mengaku dirinya berzina ke hadapan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab, dia meminta agar dirinya dijatuhi hukuman yang sesuai dengan hukum ALLAH dan RasulNya. Meskipun Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mengharapkan agar wanita berkenaan menarik balik pengakuannya itu agar tidak terkena hukuman rejam, namun wanita berkenaan tetap dengan pengakuannya tadi, dia ingin hukuman rejam dikenakan atasnya. Maka Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab terpaksalah menjatuhkan hukuman rejam atas dasar pengakuan wanita berkenaan.
Berita tentang kejayaan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab memurnikan masyarakat Uyainah dan penerapan hukum rejam kepada orang yang berzina, sudah tersebar luas di kalangan masyarakat Uyainah mahupun luar Uyainah.
Masyarakat Uyainah di sekelilingnya menilai gerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab ini sebagai suatu perkara yang mendatangkan kebaikan. Namun, beberapa pihak lain melihat gerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah sesuatu yang negatif dan berbahaya bagi kelansungan kedudukan mereka. Memang hal seumpama ini adalah suatu perkara biasa dimana-mana dan pada bila-bila masa dan keadaan, terutama di saat umat ISLAM semakin jauh dari tali ISLAM yang benar. Maka perlu suatu gerakan ISLAM yang mengembalikan umat ISLAM ke jalan yang lurus seperti di zaman aqidah para salaf di zaman Nabi dan para tabiin dahulu.
Di antara yang sangsi dengan gerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab adalah seperti amir (penguasa) wilayah al Ihsa (suku Badwi) dengan para pengikutnya dari Bani Khalid Sulaiman bin Ari;ar al Khalidi. Mereka adalah suku Badwi yang terkenal berhati keras, suka merampas, merompak dan membunuh. Pihak berkuasa al Ihsa khuatir kalau pergerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab tidak dipatahkan secepat mungkin, sudah pasti wilayah kekuasaanya nanti akan direbut oleh pergerakan tersebut.
Padahal amir ini sangat takut dijatuhkan hukum ISLAM seperti yang telah diperlakukan di negeri Uyainah. Dan tentunya yang lebih ditakutinya lagi ialah kehilangan kedudukannya sebagai amir (ketua) suku Badwi. Maka amir Badwi menulis sepucuk surat kepada amir Uyainah yang isinya mengancam pihak berkuasa Uyainah. Adapun isi ancaman tersebut ialah;
"Apabila amir Uthman tetap membiar dan mengizinkan Syeikh Muhammad terus berdakwah dan menetap di wilayahnya, serta tidak mahu membunuh Syeikh Muhammad, maka semua cukai dan ufti wilayah Badwi yang selama ini dibayar kepada amir Uthman akan diputuskan (ketika itu wilayah Badwi terletak di bawah kekuasaan pemerintah wilayah Uyainah)."
Jadi amir Uthman dipaksa untuk memilih dua pilihan, membunuh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab atau suku Badwi itu menghentikan pembayaran ufti.
Ancaman ini amat mempengaruhi fikiran amir Uthman, kerana ufti dari Wilayah Badwi sangat besar erti baginya. Adapun cukai yang mereka terima adalah terdiri dari emas tulen.
Didesak oleh tuntutan tersebut, terpaksalah Amir Uyainah memanggil Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab untuk diajak berunding bagaimanakah mencari jalan keluar dari ancaman tersebut. Soalnya, mengusir Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dari Uyainah, apatah lagi untuk membunuhnya. Tetapi, sebaliknya dari pihaknya juga tidak terdaya menangkis serangan pihak suku Badwi itu. Maka amir Uthman meminta kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab supaya meninggalkan wilayah Uyainah. Dalam pada itu Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab menjawab :
"Tuan amir! Sebenarnya apa yang aku sampaikan dari dakwahku, tidak lain adalah DINULLAH (agama ALLAH), dalam rangka melaksanakan kandungan LA ILAHA ILLALLAH - Tiada Tuhan melainkan ALLAH, Muhammad Rasulullah. Maka barangsiapa berpegang teguh pada agama dan membantu pengembangannya dengan ikhlas dan yakin, pasti ALLAH akan menghulurkan bantuan dan pertolonganNya kepada orang itu, dan ALLAH akan membantunya untuk dapat menguasai negeri-negeri musuhnya. Saya berharap kepada anda supaya bersabar dan tetap berpegang teguh kepada pegangan bersama kita dahulu, untuk sama-sama berjuang demi menegakkan kembali DINULLAH di negeri ini. Mohon sekali lagi anda menerima ajakan ini. Mudah-mudahan ALLAH akan memberi pertolongan kepada anda dan menjaga anda dari ancaman Badwi itu, begitu juga musuh-musuh anda yang lainnya. Dan ALLAH akan memberi kekuatan kepada anda untuk melawan mereka agar anda dapat mengambil alih daerah Badwi secara sepenuhnya sekaligus menjadikan ianya di bawah kekuasaan pemerintah Uyainah."
Setelah bertukar fikiran diantara Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan amir Uthman, amir Uthman nampaknya tetap dengan pendiriannya, iaitu mengharapkan agar Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab meninggalkan Uyainah secepat mungkin.
Dalam bukunya yang berjudul Al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab, Wada' Watahu Wasiratahu, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, bekas rektor Universiti ISLAM Madinah yang kini memegang jawatan sebagai pemimpin umum Lembaga Pengkajian, Ifta, Dakwah wal Irsyad Kerajaan Arab Saudi, beliau berkata;
"Demi menghindari pertumpahan darah, dan kerana tidak ada lagi pilihan lain, di samping beberapa pertimbangan yang lainnya, maka terpaksalah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab meninggalkan wilayah Uyainah menuju wilayah Dariiyah dengan menempuh perjalanan secara berjalan kaki seorang diri tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Beliau meninggalkan wilayah Uyainah pada waktu dinihari dan sampai ke wilayah Dariiyah pada waktu malam." (Ibnu Baz, Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah, m.s 22)
Tetapi ada juga tulisan lainnya yang mengatakan bahawa :
"Pada mulanya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab mendapat sokongan penuh dari pemerintah wilayah Uyainah amir Uthman bun Muammar, namun setelah api pergerakkan dinyalakan, pemerintah tempatan mengundurkan diri dari percaturan pergerakkan hanya kerana alasan politik (besar kemungkinan takut dipecat dari jawatannya sebagai amir Uyainah oleh pihak atasannya). Dengan demikian, tinggallah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dengan beberapa orang sahabatnya yang setia untuk meneruskan misinya. Dan beberapa hari kemudian, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab diusir keluar dari wilayah itu oleh pemerintahnya."
Bersamaan dengan itu, pihak berkuasa telah merencakan pembunuhan ke atas Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab di dalam perjalanannya, namun ALLAH mempunyai rencana sendiri untuk menyelamatkan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dari menjadi mangsa pembunuhan, wamakaru wamakarallahu wallahi khairul makirin. Mereka mempunyai rencana dan ALLAH mempunyai rencanaNYA juga, dan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab selamat di perjalanannya dan sampai ke wilayah Dariiriyah.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.