Keadaan di wilayah Najd, Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab amatlah buruk. Krisis aqidah dan akhlak serta merosotnya tata nilai sosial, ekonomi dan politik sudah mencapai titik kemuncak. Semua itu adalah akibat penjajahan bangsa Turki yang berpanjangan terhadap bangsa dan Jazirah Arab, di mana tanah Najd dan Hijaz adalah termasuk jajahannya, dibawah penguasaan Sultan Muhammad Ali Pasya yang dilantik oleh Khalifah di Turki (Istanbul) sebagai Gabenor Jeneral untuk daerah koloni di kawasan Timur Tengah, yang berkedudukan di Masir.
Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu mempunyai daerah kekuasaan yang cukup luas. Pemerintahannya berpusat di Istanbul (Turki), yang begitu jauh dari daerah jajahannya.
Kekuasaan dan pengendalian khalifah mahupun sultan-sultannya untuk daerah yang jauh dari pusat, sudah mulai lemah dan kendur disebabkan oleh kekacauan di dalam negeri dan kelemahan di pihak khalifah dan para sultannya. Disamping itu, adanya cita-cita dari amir-amir di negeri Arab untuk melepaskan diri dari kekuasaan pemerintah pusat yang berkedudukan di Turki. Ditambah lagi dengan hasutan dari bangsa Barat terutama penjajah tua iaitu British dan Perancis yang menghasut bangsa Arab dan umat ISLAM berjuang merebut kemerdekaan dari bangsa Turki, hal mana sebenarnya hanyalah tipudaya untuk memudahkan kaum penjajah menanamkan pengaruhnya di kawasan berkenaan, kemudian mencengkam kuku penjajahannya di dalam segala lapangan seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan aqidah.
Kemerosatan dari sektor agama, terutama yang menyangkuti aqidah sudah begitu memuncak. Kebudayaan jahiliyyah dahulu seperti taqarrub (mendekatkan diri) pada kuburan (maqam) keramat, memohon syafaat dan meminta berkat serta meminta diampuni dosa dan disampaikan hajat, sudah menjadi ibadah mereka yang paling utama sekali, sedangkan ibadah-ibadah menurut syariat yang sebenarnya pula dijadikan perkara kedua. Di mana maqam wali, orang-orang soleh, penuh dibanjiri oleh penziarah-penziarah untuk meminta sesuatu hajat keperluannya. Seperti misalnya pada maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani, dan maqam-maqam wali lainnya. Hal ini terjadi bukan hanya di tanah Arab sahaja, tetapi juga di mana-mana, di seluruh pelusuk dunia, sehingga suasana di negeri ISLAM waktu itu seolah-olah sudah berbalik menjadi jahiliyyah seperti pada waktu pra ISLAM menjelang kebangkitan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.
Masyarakat Muslim lebih banyak berziarah ke kuburan atau maqam-maqam keramat dengan segala macam munajat dan tawasul, serta pelbagai doa dialamatkan kepada maqam dan penghuninya, dibandingkan dengan mereka yang datang ke masjid untuk solat dan munajat kepada ALLAH Subhanawata'ala. Demikianlah kebodohan umat ISLAM hampur merata di seluruh negeri, sehingga di mana-mana maqam yang dianggap keramat, maqam itu dibina bagaikan banggunan masjid, malah lebih mewah daripada masjid kerana dengan mudah saja dana mengalir dari mana-mana, terutama pembiayaan yang diperoleho dari setiap pengunjung yang berziarah ke sana, atau memang adanya tajaan dari orang yang membiayainya di belakang tabir, dengan maksud-maksud tertentu. Seperti dari imprealis British yang berdiri di belakang tabir maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani di India misalnya.
Di tengah-tengah keadaan yang sedemikian rupa, maka ALLAH melahirkan seorang muslih kabir (pembaharuan besar) Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dari Uyainah (Najd) sebagai mujadid ISLAM terbesar adab ke 12 Hijriyyah, setelah Ibnu Taimiyyah, mujadid abad ke 7 Hijriyyah yang sangat terkenal itu.
Bidang pentajdidan kedua mujadid besar ini adalah sama, iaitu mengadakan pentajdidan dalam aspek aqidah, walau masanya berbeza, iaitu kedua-duanya tampil untuk memperbaharui agama ISLAM yang sudah mulai tercemar dengan bid'ah, khurafat dan tahyul yang sedang melanda ISLAM dan kaum Muslimin. Menghadapi hal ini, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab telah menyusun barisan Muwahiddun, yang berpegang kepada pemurnian tauhid. Bagi para lawannya, pergerakan ini mereka sebut Wahabiyyin iaitu gerakan Wahabiyyah.
Dalam pergerakan tersebut tidak sedikit rintangan dan halangan yang dilalui. Kadangkala Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab terpaksa melakukan tindakan kekerasan apabila tidak boleh dengan cara yang lembut. Tujuannya tidak lain melainkan untuk mengembalikan ISLAM kepada kedudukan yang sebenarnya, iaitu dengan memurnikan kembali aqidah umat ISLAM seperti yang diajarkan oleh Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya.
Setelah perjuangan yang tidak mengenal penat lelah itu, akhirnay niat yang ikhlas itu disampaikan ALLAH sesuai dengan firmannya;
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong ALLAH nescaya ALLAH akan menolongmu dan menetapkan pendirianmu." (Muhammad : 7)
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.