RIYADH : Ghairah dengan sejarah negaranya, seorang lelaki warganegara Arab Saudi telah menubuhkan sebuah muzium bagi berkongsi pelbagai artifak bersejarah dengan para pelawat negaranya.
Terletak di Ibu Kota Negara Arab Saudi, Riyadh, kebanyakan barangan antik dan karya seni yang terdapat di dalam muzium ini merupakan milik peribadi keluarga berkenaan yang diperolehi oleh bapanya dalam satu lelongan terbuka.
'Muzium Istana' milik Omar Al-Zobidy yang dianggarkan bernilai dua bilion dollar ini, memaparkan pelbagai koleksi bekas Raja Arab Saudi yang ke dua, Raja Saud yang turun dari takhta pada tahun 1965.
Melalui “Panorama of the Saudi history hall”, pelawat akan dapat mempelajari sejarah Arab Saudi bermula dari kehidupan di padang pasir dan hidup berpuak-puak sehingga era 70an dimana masyarakat hidup dengan sederhana.
Omar berkata, sejarah rumit pembentukan negara Arab Saudi dapat difahami dengan mudah apabila pelawat datang melawat muzium berkenaan.
Selain barangan peribadi milik Raja Saud, seperti senjata dan pakaian, muzium tersebut turut memiliki potret-potret yang dilukis oleh Pablo Picasso dan Michel Angelo yang pernah dibeli dan dimiliki oleh Saud.
Dalam masa yang sama, Omar menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali menjual sebarang artifak yang berada di dalam muzium berkenaan, kerana dia berpandangan, kewujudan muzium tersebut adalah sebahagian dari sumbangannya untuk mempertahan dan mengekalkan sejarah Arab Saudi untuk tatapan generasi akan datang.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.