KEADILAN DALAM SYARIAT ISLAM


Berlaku adil adalah salah satu prinsip ISLAM yang dijelaskan dalam berbagai nas ayat mahupun hadis. Prinsip ini benar-benar merupakan akhlak mulia yang sangat ditekankan dalam syariat ISLAM sehingga wajar kalau seluruh tuntutan dan aturan agama dibangunkan atas dasar keadilan, dan seluruh lapisan manusia diperintah untuk berlaku adil.

ALLAH Azza Wajalla berfirman;

إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلْإِحْسَـٰنِ وَإِيتَآئِ ذِى ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ وَٱلْبَغْىِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (An Nahl : 90)

إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤَدُّوا۟ ٱلْأَمَـٰنَـٰتِ إِلَىٰٓ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحْكُمُوا۟ بِٱلْعَدْلِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعًۢا بَصِيرًۭا

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (An Nisa' : 58)

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًۭا وَعَدْلًۭا ۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَـٰتِهِۦ ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (Al An'am : 115)

Allah Ahkamul Hakimin memerintah untuk berlaku adil secara mutlak,

وَإِذَا قُلْتُمْ فَٱعْدِلُوا۟ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ ۖ

"dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); (Al An'am : 152)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّٰمِينَ بِٱلْقِسْطِ شُهَدَآءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰٓ أَنفُسِكُمْ أَوِ ٱلْوَٰلِدَيْنِ وَٱلْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًۭا فَٱللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا۟ ٱلْهَوَىٰٓ أَن تَعْدِلُوا۟ ۚ وَإِن تَلْوُۥٓا۟ أَوْ تُعْرِضُوا۟ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًۭا

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (An Nisa' : 135)

Rabbul Izzaj juga memerintahkan untuk berlaku adil walaupun terhadap musuh sendiri,

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُونُوا۟ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعْدِلُوا۟ ۚ ٱعْدِلُوا۟ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Al Mai'dah : 8)

Selanjutnya ALLAH Subhanawata'ala memuji orang-orang yang berlaku adil,

وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ ۖ

dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. (Asy Syura' : 15)

Kandungan ayat-ayat Al-Quran yang telah disebutkan adalah salah satu barometer dalam mengukur sejumlah tindakan atau kejadian yang dinisbahkan atau dituduh kepada agama ISLAM.

Diantara hal yang indah untuk direnungi, firman ALLAH Subhanawata'ala ;

لَّا يَنْهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمْ يُقَـٰتِلُوكُمْ فِى ٱلدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَـٰرِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوٓا۟ إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Al Mumtahah : 8)

Ibnu Katsir Rahimahullah menjelaskan makna ayat, "(Iaitu) (ALLAH) tidaklah melarang kalian berbuat baik kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi kalian dalam agama, seperti para perempuan dan orang-orang lemah dari (kaum kafir), juga (tidak melarang) kalian untuk berlaku adil bersama mereka." [1]

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah [2] Rahimahullah berkata, "Sesungguhnya ALLAH Subhanawata'ala ketika melarang kaum Muslimin pada awal surah untuk menjadikan kaum kafir sebagai wali-wali (orang-orang yang diberikan kesetiaan) dan memutuskan kecintaan antara (kaum Muslimin) dan (kaum kafir), sebahagian orang menyangka bahawa berbuat baik dan ihsan kepada mereka merupakan kesetiaan dan kecintaan kepada mereka, maka ALLAH Subhanawata'ala menjelaskan bahawa hal itu bukanlah satu kesetiaan terlarang, dan ALLAH tidak melarang hal tersebut, bahkan itu merupakan bentuk perbuatan baik yang ALLAH cintai dan redhai. ALLAH telah menetapkan (perbuatan baik) atas segala sesuatu. Yang terlarang dari hal itu hanyalah menyerahkan kesetiaan kepada orang-orang kafir (tawalli) dan memberikan kecintaan kepada mereka." [3]

Semoga ALLAH memberikan taufik kepada kita semua.

_________

1. Tafsir Al-Quran Al Azhim 8/90

2. Wafat pada tahun 751H

3. Ahkam Ahlidz Dzimmah 1/602

Post a Comment

0 Comments