DILEMA PEMERINTAH ARAB SAUDI - MEMBINA BANGUNAN TINGGI DI KOTA MAKKAH DAN MADINAH


Oleh : Anasz

Menjadi sebuah negara yang di dalamnya mempunyai 2 kota suci bukanlah suatu perkara yang mudah.

Dan dalam masa yang sama, mereka mempunyai rakyat yang mahukan pembaharuan, kesejahteraan dan keselesaan dalam kehidupan mereka.

Kita ambil contoh pembanggunan semula Makkah dengan pelbagai infrastuktur moden. Ada yang menerima dengan hati yang terbuka, dan ada yang mengkritik. Kononnya kerajaan Arab Saudi menghancurkan sejarah ISLAM malah ada yang sanggup mengatakan kerajaan Arab Saudi mengubah Makkah menjadi Las Vegas (Nauzubillah).

Tak kurang juga yang menambah perisa dengan mengkritik kerajaan Arab Saudi yang secara agresif membina banggunan pencakar langit di kota berkenaan. Bahawa ianya adalah salah satu tanda-tanda hari kiamat.

Disini aku nak menjawab sikit terhadap segala tuduhan dan kritikan yang dilemparkan kepada Arab Saudi terutama sekali dalam bab pembinaan bangunan tinggi.

Isu Bina Bangunan Tinggi

Hujjah yang sering diguna pakai oleh pembenci kerajaan Tauhid ini ialah, banyaknya muncul tanda-tanda hari kiamat di Kota Makkah, ini berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud;

"Tidak akan berlakunya kiamat sehingga manusia berlumba-lumba meninggikan bangunan." (Hadis Riwayat al-Bukhari Al-Fitan, hadis  no.7121)

"Dan kamu akan melihat pengembala kambing yang bertelanjang kaki dan dada lagi miskin berlumba-lumba meninggikan bangunan." (Hadis Riwayat Muslim Al-Iman, hadis  no.8)

"Dan jika kamu melihat pengembala ternak yang berlumba-lumba meninggikan bangunan maka itulah di antara tanda hari kiamat." (Hadis Riwayat Muslim Al-Iman, hadis  no.9)

"Sesungguhnya daripada tanda-tanda kiamat iaitu kamu akan melihat pengembala kambing menjadi pemimpin dan kamu akan melihat pengembala ternak yang telanjang kaki dan dada serta kelaparan akan berlumba-lumba dalam kemewahan bangunan dan orang gaji akan melahirkan tuannya." (Hadis Riwayat Syuib Ar-Nauut Al-Iman- Sunan Dar al-Qutniy 3639)

Itu adalah sebahagian dari hadis Nabi yang memperkatakan perkara ini dan sering dijadikan alasan oleh para pembanci pemerintah Saudi untuk mengkritik kerajaan tersebut.

Namun disini aku nak tanya kat orang-orang yang mengkritik ini, adakah dalam semua hadis yang Nabi sabdakan itu, menunjukkan keharaman membina bangunan tinggi di mana-mana wilayah Muslim di muka bumi ini?

Sebab secara jelas, Nabi hanya menjelaskan bahawa. terbinanya bangunan tinggi adalah salah satu tanda-tanda kiamat. Dan bukankah kita sendiri mengetahui bahawa diutusnya Nabi Muhammad Sallahualaihi Wassalam ke dunia ini oleh ALLAH Azza Wajalla sendiri merupakan tanda-tanda hari kiamat. Sepertimana sabda Baginda Sallahualaihiwassalam yang bermaksud;

"Jarak antara aku diutuskan dengan tibanya Hari Kiamat adalah seperti ini."  Anas RA  berkata: "Rasulullah Sallahualaihiwassalam menggabungkan antara jari telunjuk dengan jari tengah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Jadi sekarang ini, jika diutusnya Nabi Sallahualaihiwassalam ke muka bumi ini sebagai salah satu tanda-tanda hari kiamat, adakah kita mahu melihatnya dari aspek negatif kehadiran Nabi kita yang tercinta ini, hanya disebabkan Baginda adalah sebahagian dari tanda-tanda hari kiamat?? Sudah tentu tidak.

Samalah juga dengan terbinanya bangunan tinggi di Makkah dan Madinah. Suka atau tidak, dengan kemajuan ilmu dan keperluan semasa, sudah pastinya bangunan akan dibina dengan lebih moden, selesa dan tinggi. Yang pada akhirnya, kesemua ini akan memberikan keselesaan kepada para penziarah dua kota suci ini.

Dan tidak pula Nabi melarang umatnya membina bangunan tinggi, sebaliknya Nabi hanya menyatakan bahawa ianya tanda-tanda hari kiamat, sekaligus memberikan peringatan kepada kita supaya bersiap sedia menghadapi hari akhirnya dunia ini.

Dan bila Nabi kita yang mulia, Sallahualaihiwassalam bercakap mengenai bangunan tinggi, kita toksah pi jauh-jauh, tengok jer dalam negara kita. Dah ada bangunan tinggi. Tu pun tanda-tanda hari kiamat. Kenapa plak kita tak menjerit dan mengamuk? 

Hari kiamat akan tetap akan datang. Sejauh mana pun kita tak nak bangunan tinggi itu muncul. Ianya sudah Sunnahtullah yang telah diaturkan oleh ALLAH yang MAHA MULIA dan MAHA KUASA. Tugas kita bukan untuk menahan dari munculnya kesemua tanda itu. Tugas kita adalah untuk beribadah dan mempersiapkan diri menghadapi hari akhir.

Akhir kalam, walau muncul 1001 tanda hari kiamat, tapi kalau kita sendiri tak bersedia menyiapkan diri untuk menghadapi hari berkenaan. Baik kurangkan bercakap dan muhasabah diri sendiri.

Post a Comment

0 Comments