KENAPA ALLAH SURUH KITA BACA AL-QURAN?


Oleh : Jebat

1. ALLAH perintahkan kita membaca. 

2. Surah Al-Alaq merupakan wahyu pertama yang ALLAH turunkan kepada Rasulullah Sallahualaihi Wasalam melalui perantara Jibrail. Sedangkan Nabi tidak tahu membaca. Namun tetap diperintahkan membaca.

3. Waktu aku terfikir-fikir disebalik perintah ini, aku tertonton satu video sesi soal jawab Dr. Zakir Naik dengan seorang Nasrani. 

4. Dalam sesi berkenaan. Dr. Zakir Naik berkata, majoriti umat Kristian tidak membaca kitab Bible yang ada pada mereka, sebaliknya hanya mendengar ucapan dan kenyataan dari para paderi mereka.

5. Sedangkan, jika Nasrani itu seorang yang berkomitmen atas agamanya, dia seharusnya membaca perintah 'bertulis' yang dihantar oleh tuhannya. Dan tidak hanya sekadar mendengar 'pandangan' dan 'perkataan yang diinterpertasi' oleh orang lain mengenai Bible.

6. Sekaligus bila aku mendengar hujjah Dr. Zakir Naik ini, aku mula terfikir. Tidak ada agama lain secara jelas yang Tuhannya memerintahkan hambanya 'membaca' melainkan ISLAM.

7. Malah ISLAM satu-satunya agama yang mewajibkan umatnya untuk mula membaca, walaupun Nabi yang diutus membawa risalah ini tidak tahu membaca.

8. Perintah 'Iqra' yang aku fahami dengan maksud dan perintah untuk kita sentiasa 'Baca Al-Quran'  dan tidak meninggalkan ia, kerana ALLAH mahukan hambanya sentiasa tidak lari dan tidak terpesong dari matlamat kita diutuskan.

9. ALLAH mahu hambanya, membaca sendiri, secara langsung perkataan yang ALLAH turunkan, tanpa melibatkan orang lain, agar individu berkenaan mengetahui 'secara kasar' tentang apa yang ALLAH mahukan pada manusia.

10. ALLAH tidak mahu manusia diseleweng dari pemikiran dan pemahaman manusia lain. Atau secara mudah, ALLAH mahu kita mengetahui perkara asas mengenai agama dan kehidupan ini dari perkataa-Nya sendiri.

11. Tanpa menafikan keperluan menuntut ilmu dengan ulama, namun membaca Al-Quran dan memamahami Al-Quran adalah kunci pada perkembangan minda dan ilmu di tahap seterusnya.

12. Al-Quran adalah Foundation atau asas sebelum manusia memperkembangkan potensi akal mereka. Namun tidak keluar dari perlindungan yang diberikan oleh ALLAH ke atas hambanya.

P/S : Ini pandangan aku sendiri, selepas aku dapati, tak ada kitab agama lain selain ISLAM yang secara tegas memerintahkan umatnya membaca 'kitab suci' mereka.

Post a Comment

0 Comments