NORMALISASI HUBUNGAN ARAB SAUDI - IRAN.


1. Langkah kedua-dua buah negara (Arab Saudi dan Iran) untuk menyambung semula hubungan diplomatik diantara kedua buah negara ini adalah satu langkah positif.

2. Langkah berkenaan diharapkan dapat membawa kestabilan politik di rantau berkenaan.

3. Langkah China menjadi mediator dalam proses ini juga perlu dipuji, kerana China berjaya menunjukkan kepada dunia, bahawa negara komunis terbesar di dunia ini boleh bertindak menjadi orang tengah yang baik.

4. Walaupun Washington barangkali sukar menerima tindakan sekutunya, Riyadh yang dilihat membelakangi negara berkenaan dalam usaha normalisasi hubungan diplomatik antara Iran dan Arab Saudi, ditambah lagi dengan peranan China sebagai negara mediator, perlu diingat, Washington sendiri pernah mengabaikan rakan strategiknya di Timur Tengah apabila membuat perjanjian 'Six Party Talk' dengan Iran. Sesuatu yang dilihat oleh Arab Saudi sebagai pengkhianatan terhadap mereka.

5. Dengan normalisasi semula hubungan diplomatik antara Arab Saudi dan Iran, ianya secara tidak langsung akan melemahkan sokongan Iran terhadap Syiah Houthi di Yaman, yang selama ini menjadi duri dalam daging hubungan diplomatik Iran dan Arab Saudi.

6. Selain itu, dengan normalisasi ini juga, Arab Saudi dan Iran dapat memainkan peranan yang lebih utuh dalam membina semula Afghanistan pasca pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara tersebut.

Anasz. Kuala Lumpur

Post a Comment

0 Comments