Oleh : Nurul Atiqah Sumali (wartawan pelatih Apa Khabar Malaysia)
Kuala Lumpur - Pelajar huffaz sering dikaitkan dengan hala tuju kerjaya sebagai pendakwah, ustaz dan ustazah.
Namun begitu, adalah tidak mustahil bagi para pelajar huffaz untuk berada sektor kerjaya professional seperti doktor, jurutera dan sebagainya.
“Kita hendak mengembelingkan ilmu Al-Quran dengan ilmu akademik, kerana Al-Quran itu sendiri mempunyai banyak ilmu-ilmu saintifik di dalamnnya. Dan di UNITEN kita menawarkan sistem pendidikan yang merentasi antara keperluan akademik dan agama”, kata Mohd Ariff Ahmad Tarmizi, yang merupakan Felo Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), ketika ditemubual menerusi program Apa Khabar Malaysia terbitan BERNAMA TV.
“Mengambil contoh pada bulan Ramadan yang lepas, ada dikalangan huffaz-huffaz kita ini, dihantar ke beberapa buah masjid untuk menjadi imam. Bukan sahaja di sekitar Selangor, malah ke Perak bagi membantu kariah disana”
Tambahnya lagi, UNITEN komited untuk melahirkan graduan yang holistik bukan sahaja menepati keperluan industri pekerjaan pada hari ini tetapi juga untuk akhirat.
Dalam pada itu, jadual ketat yang disusun oleh UNITEN tidak menghalang Muhammad Anas, pelajar program huffaz professional ini untuk tetap bersemangat mendalami ilmu Al-Quran dan kejuruteraan.
“Tidak dinafikan bahawa wujud kekangan masa yang lebih-lebih bagi pelajar huffaz profesional, kerana kita akan memulakan kelas Al-Quran bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi dan diikuti dengan kelas-kelas akademik yang lain.”
“Selain cemerlang dalam bidang Al-Quran, kita juga perlu cemerlang dalam bidang akademik yang kita ambil.”
Dalam pada itu, Mohd Ariff menyatakan, program professional Huffaz yang terdapat di UNITEN merupakan salah satu program usahasama yang dibangunkan oleh UNITEN dan Darul Quran, dimana ujian dan kurikulum agama dikawal selia oleh Darul Quran, manakala dari segi akademik diuruskan oleh pihak UNITEN.
Dalam pada itu, beliau juga berharap agar pelajar keluaran program huffaz UNITEN ini mampu memenuhi pasaran pekerjaan bukan sahaja di Malaysia, malahan juga ke luar negara.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.