Oleh : Farisya Najeeha (wartawan pelatih Apa Khabar Malaysia)
Kuala Lumpur - Memasuki tahun ke-40 penganjuran, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2023) akan menampilkan pelbagai menampilkan pelbagai segmen menarik seperti Laman Santai Seni yang memberi ruang kepada aktivis seni mempromosikan karya mereka.
Selain dari aktiviti jualan buku, antara program lain yang berlangsung di PBAKL ialah forum ASEAN Rights Fair yang akan membicarakan isu-isu berkaitan hak cipta kandungan kreatif.
“Semua penerbit akademik ilmiah akan berkumpul dan ini yang paling besar pernah diadakan di Malaysia”
“Sekarang ini ada 813 booth dan lebih 203 pempamer yang akan hadir, pempamer tempatan dan antarabangsa,” ujar Mohd Khair Ngadiron selaku Pengerusi Pengelola PBAKL 2023 ketika ditemubual dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan BERNAMA TV.
Tambah beliau lagi, PBAKL2023 kali ini juga akan berlangsung secara hybrid dengan aktiviti jualan atas talian turut dilaksanakan sepanjang pesta buku berkenaan berlangsung, dengan harga jualan buku yang sama seperti pameran secara fizikal di WTCKL.
“Saya harap tiga tamu itu akan memperlihatkan kepada kita bentuk baru bagaimana minat membaca akan bertambah dan menarik minat ramai orang datang,” jelas Mohd Khair Ngadiron.
Justeru, beliau mengharapkan agar rakyat Malaysia terutamanya ibu bapa untuk datang ke pesta buku berkenaan bersama anak-anak mereka bagi memeriahkan pesta buku tersebut.
Majlis perasmian pesta buku itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 26 Mei 2023 sehingga 4 Jun 2023 dengan jangkaan kehadiran seramai 900 ribu hingga 1 juta pengunjung.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.