HUBUNGAN MALAYSIA DENGAN ARAB SAUDI DIHANCURKAN OLEH PPBM

Di era pemerintahan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak, hubungan diplomatik Malaysia dengan negara - negara timur tengah seperti Arab Saudi dan U.A.E berada di tahap yang amat cemerlang.

Kita menerima pelaburan yang besar dari kedua-dua buah negara ini.

Namun, ternyata, usaha Najib Razak yang cemerlang ini dihancurkan oleh Mahathir dan barisan kabinetnya. Malah, Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) pernah mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab ke atas Arab Saudi, sekaligus mendapat teguran dari KJ, yang meminta Menteri Luar itu agar menyedari kedudukan dan posisinya kini yang merupakan seorang Menteri Kerajaan [rujuk : https://www.nst.com.my/news/nation/2018/09/414253/behave-top-diplomat-saifuddin-told-over-reckless-tweet].

Dan setelah berlakunya 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan pengkhianatan Mahiaddin ke atas PH (Selepas PH kalah beberapa kali di PRK, selain bimbang dengan kebangkitan semula Bossku), Mahiaddin melantik Dato' Seri Hishamuddin Hussein menjawat jawatan Menteri Luar, manakala Saifuddin di pindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Hakikat kerosakan hubungan bilateral Malaysia dengan Arab Saudi diungkapkan oleh KSU Kementerian Luar (pada ketika itu) Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob menerusi 'nota taklimat' yang diserahkan kepada Dato' Seri Hishamuddin Hussein.

Jika PN mahu mengata PMX sebagai menipu, kerana kenyataan media Wisma Putra tidak sepertimana dengan jangkaan sebenar, jangan lupa bahawa, Mahiaddin juga menipu bahawa kononnya dia akan mengadap Penjaga Suci Dua Tanah Haram, Raja Salman [rujuk: kini.com/news/565534 ]. Sedangkan hakikatnya, Mahiaddin pulang ke Malaysia tanpa berjumpa dengan pemerintah tertinggi kerajaan Arab Saudi itu.

Jika benar Mahiaddin jumpa Raja Salman, mana dia bukti bergambar?

Dalam pada itu Wan Ahmad Fayhsal [MP Machang] perlu sedar diri, bahawa kehancuran hubungan baik diantara Malaysia dengan Arab Saudi juga berpunca daripada PPBM yang mana pada ketika itu anda berada dalam kem yang sama dengan PKR dan DAP serta AMANAH.

Anasz.

4 Ramadan 1444H

Post a Comment

0 Comments