APABILA golongan majoriti berpecah-belah, ia akan mudah dieksploitasi dan ditundukkan oleh golongan minoriti yang bersatu-padu.
Kita ketahui pada masa ini di Malaysia, kaum Melayu yang majoriti telah berpecah-belah kepada UMNO, PAS dan PKR; sementara kaum Cina bersatu-padu di bawah DAP dengan menewaskan MCA. Kaum India pula menyebelahi pakatan pembangkang dengan menyertai PKR dan DAP menolak MIC, sehingga parti kaum India itu tumbang.
Adalah sesuatu yang tak masuk akal bagaimana sebuah parti sekular, yang dikuasai oleh orang-orang kafir, yang terpalit dengan imej anti-Islam, boleh berpakat dengan sebuah parti yang didakwa Islam untuk menentang sebuah parti pemerintah yang diterajui oleh orang-orang Islam. Tetapi itulah yang telah terjadi.
Bagaimana hubungan yang kompleks ini terjadi?
Ia adalah sangat unik, berbelit-belit, susah diuraikan.
Dengan serangan dan dakwaan berulang-ulang setiap hari pembangkang melalui media internet dan rangkaian sosial seperti facebook, twitter dan blog, kerajaan Barisan Nasional telah berjaya diberi persepsi umum sebagai parti korup, menyeleweng, tidak amanah dan rosak. Untuk memudahkan cerita, anggaplah apa yang dituduh oleh pembangkang ke atas kerajaan itu benar, bahawa kerajaan rasuah, menindas rakyat, menyeleweng wang negara dan sebagainya. Kebencian orang-orang Melayu ke atas Barisan Nasional yang diketuai UMNO ini telah menjadikan mereka emosional, marah dan tidak dapat duduk bertenang merenung apa musibah semua ini.
PAS yang mendakwa dasar-dasarnya Islam partinya telah berpakat dengan DAP yang sekular, dengan DAP tetap menolak dasar-dasar Islam PAS seperti hukum hudud. Sementara PKR sebuah parti sekular seperti UMNO, sebenarnya serpihan UMNO, telah menjadi jambatan kepada kedua-dua parti berbeza ideologi ini.
Ringkasnya perkongsian ini atas dasar PAS memerlukan sokongan undi kaum Cina untuk melawan UMNO, begitu juga DAP memerlukan undi kaum Melayu untuk melawan MCA.
Setiap kali PAS berkempen untuk menarik sokongan kaum Melayu, mereka mengeksploitasi isu-isu agama seperti hukum hudud sebagai rasional untuk menolak UMNO. Apabila PAS mulai berpakat dengan DAP, mereka kelihatan mendiamkan seketika hukum hudud ini. Perkara ini telah dieksploitasi oleh UMNO untuk menjatuhkan imej PAS dalam kalangan orang-orang Melayu. Maka untuk menggilap semula imej mereka, mereka memanaskan semula hukum hudud supaya sokongan kaum Melayu tidak lari.
Sebaliknya perkara ini telah ditentang DAP. Kenapa? Selama ini orang-orang Cina tidak dapat menerima PAS sepenuhnya kerana khuatirkan hukum hudud dan dasar-dasar agama yang dibawa PAS. Jika DAP berdiam diri, ia memberi mesej bahawa jika Pakatan Rakyat memenangi PRU13, hukum Hudud akan dilaksanakan, maka undi kaum Cina akan lari kepada MCA.
Maka tindakan DAP menentang PAS ini memberi isyarat kepada orang-orang Cina bahawa PAS di bawah kawalan DAP. Mesej itu sampai, maka tidak hairanlah kaum Cina tetap terus teguh di belakang DAP dengan keyakinan jika Pakatan Rakyat memerintah, hukum Hudud tidak akan dilaksanakan.
MCA yang takut akan terus kehilangan undi kaum Cina bertindakbalas menyaingi populariti DAP ini. Mereka menakut-nakutkan kaum Cina dengan hukum hudud yang akan dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memerintah. Malangnya, tindakan MCA ini telah dieksploitasi oleh pemimpin PAS untuk menjatuhkan imej UMNO bahawa MCA anti hudud dan tidak ditegur oleh pemimpin UMNO, untuk mengalih dan melupakan yang DAP juga menolak hudud. Realitinya tindakan MCA itu hanyalah untuk merebut kembali undi orang-orang Cina yang beralih kepada DAP.
Bahkan sebenarnya MCA ini ditolak kerana telah dianggap lupa diri dan tidak memperjuang kepentingan kaum Cina. Hakikatnya MCA telah ditolak oleh kaum Cina kerana tunduk kepada UMNO dan tidak berbuat apa-apa untuk kaum Cina.
Jika kita mahu berfikir, suara-suara penentangan mereka ke atas hukum Hudud hanyalah untuk merebut kembali undi kaum Cina dan menjejaskan imej DAP yang kononnya akan melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat berkuasa. Ia hanyalah permainan MCA.
Jika mahu diumpamakan, DAP sebenarnya seekor anjing lapar yang bebas berkeliaran tanpa boleh dikawal, yang selalu menyalak apabila kepentingannya tergugat. Manakala MCA adalah anjing kenyang yang tali kendalinya berada di tangan UMNO, yang sesekali menyalak untuk membuktikan ia masih anjing yang masih berjuang untuk kaum Cina.
Sebaliknya dalam kalangan kaum Melayu yang menyokong pembangkang, mereka telah memperguna isu ini untuk menjatuhkan UMNO bahawa rakan sekutu UMNO, iaitu MCA telah menghina Islam.
Setiap kali MCA atau DAP bersuara menolak atau mempertikaikan isu-isu berkaitan Islam, misalnya hukum Hudud, untuk menarik undi kaum Cina, maka Melayu PAS dan Melayu UMNO akan bergaduh sesama sendiri sesudah dihasut pemimpin mereka. Ini sesuatu yang sangat bodoh, sementara kaum Melayu sepatutnya bersatu-padu menentang golongan yang mempertikaikan agama yang mereka anuti bersama.
Sementara itu DAP terus unggul, tidak tunduk kepada PAS kerana mereka mengetahui PAS sangat memerlukan mereka untuk menawan undi kaum Cina dalam menentang UMNO, sedangkan PAS seperti tidak menyedari bahawa DAP juga memerlukan PAS untuk menarik undi kaum Melayu.
Malangya PAS telah terkeliru dengan membela DAP serta menjadikan MCA sebagai kambing hitam secara tidak langsung dan mengungkit perihal pemimpin-pemimpin MCA yang menolak hudud.
DAP tidak akan tergugat, terus mendapat kepercayaan kaum Cina, dan disokong pula oleh kaum Melayu dengan menumpang pengaruh PAS.
Sementara itu PAS terus kekal dalam kalangan kaum Cina dengan imej menakutkan. PAS mungkin akan kalah di kawasan yang memiliki ramai pengundi kaum Cina. Kaum Cina berkemungkinan besar akan memilih UMNO.
Dalam keadaan ini, yang mendapat faedah dalam kerjasama ini adalah DAP kerana terus mendapat sokongan undi kaum Melayu. Dan PAS tidak mendapat apa-apa kerana DAP berjaya menyampaikan mesej secara senyap kepada kaum Cina bahawa PAS adalah ekstremis agama dengan hukum Hududnya.
Kerjasama ini juga sebenarnya merugikan PAS kerana UMNO berjaya menunjukkan kepada kaum Melayu bahawa PAS tidak lagi memperjuangkan hukum hudud dan telah hilang arah dengan perjuangan Negara Islamnya. PAS berkemungkinan kalah teruk di kawasan yang mempunyai ramai pengundi kaum Cina apabila bertembung dengan UMNO kerana mendapat kepercayaan kaum Cina dan kaum Melayu yang kecewa dengan kelemahan PAS menghadapi DAP.
Mari kita fikirkan sejenak. DAP yang mengetahui mereka menguasai undi kaum Cina telah memperguna kelebihan ini untuk memperjuang kepentingan kaum cina, khasnya bukan bumiputera. Dalam kalangan parti pembangkang, walaupun DAP memiliki bilangan kerusi yang sedikit, mereka angkuh kerana kaum Cina bersatu-padu di bawah mereka. Pakatan Rakyat tidak mungkin akan dapat memerintah tanpa mereka. Sehingga tidak mungkin mereka diperkecilkan dalam Pakatan Rakyat.
Seterusnya Pakatan Rakyat ini bersatu-padu menentang kerajaan, walaupun dasar-dasar mereka berbeza, sehingga tidak mustahil mereka boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai isu-isu yang dibangkitkan.
Apabila diterangkan kepada penyokong-penyokong PAS bahawa DAP adalah berbahaya dan boleh menguasai negara ini, maka pemimpin-pemimpin PAS akan menjawab dengan mempersoalkan bagaimana DAP akan menguasai Pakatan Rakyat sekiranya kerusi parlimen yang mereka tandingi hanyalah sekitar 50, berbanding PAS 73 kerusi, dan PKR 99 kerusi.
Kelemahan orang-orang UMNO dalam isu ini ialah mereka kelu lidah tidak dapat menjawab persoalan ini. Ya, tidak logik untuk DAP berkuasa jika mereka hanya memiliki lebih kurang 50 buah kerusi parlimen, itu pun jika mereka menang semua kerusi. Tetapi adalah tidak mustahil DAP akan memenangi 90% kerusi parlimen yang ditandingi mereka berdasarkan kepintaran mereka menyatukan kaum Cina dan mengeksploitasi kaum Melayu dengan pertolongan PAS.
Memang DAP tidak mungkin dapat meletakkan pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri dengan jumlah 50 buah kerusi.
Kita andaikan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, apakah kemungkinan yang akan terjadi. Sudah tentu PAS dan DAP akan bergaduh sesama sendiri. Bersatu sebelum menang adalah mudah, tetapi untuk memerintah bersama adalah mustahil. PAS dan DAP boleh bercinta, tetapi tidak mungkin boleh berkahwin selagi DAP tidak mengambil hukum Islam ataupun PAS bertukar mengambil ideologi sekular seperti DAP.
Dalam keadaan ini, DAP mungkin akan mengugut untuk keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menyertai UMNO dan mengambil alih tempat MCA, yang kalah teruk dengan imej anjing kenyang yang dibenci semua orang. Ini tentunya dengan tawar-menawar yang besar. DAP menyertai UMNO adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Maka, sama ada terus berada dalam Pakatan Rakyat ataupun lari menyertai Barisan Nasional selepas PRU13, DAP telah berjaya mengeksploitasi semaksimumnya perpaduan kaum Cina walaupun mereka minoriti untuk menentukan masa depan kaum mereka dan negara ini.
Mereka boleh bila-bila masa mengancam untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (atau Barisan Nasional) jika sebarang tuntutan untuk kepentingan kaum mereka tidak dipedulikan, tanpa perlu menjadi Perdana Menteri Malaysia ataupun Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Jika mereka keluar, sesebuah kerajaan itu, sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, akan tumbang. Maka mahu tidak mahu, kerajaan yang terbentuk nanti akan tunduk kepada DAP.
Di situlah kebijaksanaan mereka untuk mencatur dan menguasai negara ini walaupun mereka kaum minoriti.
*Penulis merupakan karyawan dunia sastera sejak tahun 1998 dan pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana 1998-1999 dalam kategori cerpen.
1 Comments
ReplyDeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.