POLITIK

[POLITIK][bleft]

ANTARABANGSA

[YAHUDI][bsummary]

EBOOK PERCUMA

[EBOOK][twocolumns]

KEBEBASAN MEDIA DI SINGAPURA PERLU ADA BATASNYA - PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN MEDIA SINGAPURA

Oleh : RPM

Kerajaan Singapura hari ini telah mengambil tindakan tegas terhadap kesemua media portal dengan mengarahkan syarikat-syarikat yang mentadbir urus portal berita di negara berkenaan agar membuat permohonan bagi mendapatkan 'Lesen Kebenaran Media' ataupun berhadapan dengan tindakan keras di mahkamah.

Sepertimana yang diketahui, PAP yang diasaskan oleh Lee Kuan Yew merupakan sebuah parti yang memerintah SINGAPURA sejak negara TEMASIK berkenaan mendapat kemerdekaan dari PERSEKUTUAN MALAYSIA. 

Tidak seperti adik lain warganegaranya di MALAYSIA, DAP, yang berjuang untuk mendapatkan kebebasan media seluas-luasnya, abang kandung DAP pula bertindak sebaliknya. PAP mengenakan syarat yang ketat kepada pengamal media disana demi menjaga kestabilan dan keharmonian negara yang memiliki 74.2% kaum Cina, 13.3% kaum Melayu dan 9.2% kaum India dan peratusan yang sama pada kaum-kaum lain.
Malaysia juga seharusnya mengambil tindakan yang tegas dalam isu ini. Keharmonian, keamanan dan kestabilan adalah jauh lebih utama dari kebebasan media. Sudah tiba masanya kerajaan Malaysia menerusi Kementeria Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri mengambil satu mekanisme terbaik bagi mengawal berita-berita yang dikeluarkan melalui media arus baru. Jika SINGAPURA boleh mengendahkan seruan dan saranan kebebasan bersuara dan kebebasan media, mengapa kita tidak boleh melakukan tindakan yang sama?

Baca selanjutnya tindakan kerajaan SINGAPURA keatas portal berita disini.

POST A COMMENT


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.