Soalan :
Ada orang yang enggan menggunakan siwak pada bulan Ramadan kerana kekhuatiran akan merosakkan puasanya. Apakah sikap ini dibenarkan? Lalu, bilakah waktu yang utama untuk bersiwak di bulan Ramadan?
Jawapan :
Menghindari penggunaan siwak tidak ada dasarnya, baik pada bulan Ramadan ataupun hari-hari lainnya yang digunakan untuk puasa, kerana menggunakan siwak itu adalah perkara sunnah, sebagaimana yang disbutkan dalam hadis sahih, bahawa siwak itu membersihkan mulut dan menyebabkan keredhaan ALLAH serta sangat dianjurkan ketika wuduk dan sebelum solat. Juga ketika bangun tidur dan saat masuk ke rumah, baik ketika puasa ataupun tidak. Siwak itu tidak merosakkan puasa, jika mengundang rasa dan bekas pada ludah, maka tidak boleh ditelan. Dan jika gusi berdarah kerana siwak, maka tidak boleh ditelan. Jika anda berhati-hati terhadap hal-hal tersebut, maka hal itu tidak sama sekali mempengaruhi puasa.
Syaikh Ibnu Utsaimin, Fatawa ash-Shiyam, disusun oleh Muhammad Al-Musnad, hal. 39
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.