HUKUM ORANG YANG BERPUASA TETAPI TIDAK SOLAT


Soalan :

Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi meninggalkan solat? Apakah puasanya sah?

Jawapan :

Yang benar, bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kufur akhbar (besar). Puasa dan ibadah-ibadah lainnya tidak sah sampai dia bertaubat kepada ALLAH Azza Wajjala. Hal ini berdasarkan firman ALLAH yang berbunyi;

"Seandainya mereka mempersekutukan ALLAH, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan. (Al-An'am : 88)

Dan berdasarkan ayat-ayat serta hadis-hadis lainyang semakna. Sebahagian ulama menyatakan bahawa hal itu tidak menyebabkannya kafir dan puasanya serta ibadah-ibadah lainya tidak batal jika dia masih mengakui kewajipan-kewajipan tersebut, dia hanya termasuk orang-orang yang meninggalkan solat kerana malas atau meremehkannya.

Yang benar adalah pendapat yang pertama, iaitu kafirnya orang meninggalkan solat dengan sengaja walaupun mengakui kewajipannya. Hal ini berdasarkan banyak dalil, diantaranya adalah Sabda Nabi Sallahu Alaihi Wassalam;

"Sesungguhnya (pembatas) antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah meninggalkan solat [1] (dikeluarkan oleh Muslim dalam kitab Sahihnya dari hadis Jabir bin Abdulla R.A

dan Sabda Baginda Sallahu Alaihi Wassalam,

"Perjanjian antara kita dnegan mereka adalah solat, maka barangsiapa yang meninggalkannya bererti dia kafir.[2] (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad & keempat penyusun kitab sunan dengan isnad sahih dari hadis Buraidah bin Al-Husain al-Aslami R.A.

Al'-Allamah Ibnu Qayyim Hafizahullaj telah mengupas secara lengkap masalah dalam tulisannya tersendiri yang berjudul 'Solat dan orang yang meninggalkannya', risalah beliau ini sangat bermanfaat, sangat baik untuk merujuk dan mengambil manfaatnya.

Syeikh Ibnu Baz, Fadha'il Ramadan, disusun oleh Abdurrazaq Hassan, (pertanyaan no. 15)

_____

[1] Dikeluarkan oleh Muslim, kitab Al-Iman, no. 82.

[2] Dikeluarkan oleh At-Tirmidzi, kitab Al-Iman, no. 2621

Post a Comment

0 Comments