RIYADH — Majlis Ulama Senior (Haitah Kibaar il-Ulama') Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan satu kenyataan keras terhadap kumpulan Houthi. Dalam kenyataan tersebut, majlis ulama menegaskan bahawa tindakan kerosakan, pencerobohan, serta keganasan yang dilakukan oleh kumpulan Houthi telah melampaui kejahatan organisasi pengganas lain seperti Daesh (ISIS) dan Al-Qaeda.
Antara poin-poin utama yang digariskan dalam kenyataan rasmi tersebut adalah:
1. Keganasan Terhadap Orang Awam: Tindakan kumpulan Houthi yang menyasarkan orang awam dan fasiliti awam di Yemen dikategorikan sebagai tindakan pengganas mengikut sebarang piawaian.
2. Pencerobohan Tempat Suci: Percubaan menyasarkan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah merupakan satu pencerobohan melampau terhadap kesucian ugama dan tempat suci umat Islam.
3. Bahaya Mengatasi Kumpulan Pengganas Lain: Ancaman pengganas Houthi tidak kurang bahayanya daripada Daesh dan Al-Qaeda, malah mengatasi kedua-duanya dalam melakukan kerosakan di muka bumi dan permusuhan terhadap umat Islam.
4. Menyasarkan Jemaah dan Pelawat: Tindakan menyasarkan jemaah yang mengunjungi Dua Tanah Suci (Haramain) merupakan antara bentuk dosa dan pencerobohan yang paling besar.
5. Kesiapsiagaan Pertahanan Saudi: Pertolongan Allah telah mematahkan tipu helah Houthi melalui kesiapsiagaan Pertahanan Udara Saudi serta kecekapan Angkatan Tentera Arab Saudi.
6. Pencerobohan Hak dan Kestabilan: Jenayah Houthi menggabungkan pencerobohan terhadap kehormatan nyawa yang terpelihara, harta benda, keselamatan, dan kestabilan masyarakat.
7. Bercanggah dengan Ajaran Al-Quran: Tindakan jenayah Houthi merangkumi keumuman ayat-ayat Al-Quran berkaitan perbuatan memerangi Allah dan Rasul-Nya serta berusaha melakukan kerosakan di muka bumi.
8. Seruan Penyatuan Umat Islam: Seluruh umat Islam dituntut untuk membendung dan menolak jenayah Houthi serta berdiri dalam satu barisan yang kukuh bagi menentang pihak yang menceroboh tempat-tempat suci umat Islam.




0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.