Ulama Besar Arab Saudi, Ahli Hadits Kota Suci Madinah, Asy-Syaikh Al-‘Allamah Al-Muhaddis Abdul Muhsin bin Hamd Al-‘Abbad Al-Badr hafizhahullah berkata dalam risalah “Fitnatul Khilafah Ad-Da’isyiah Al-‘Iraqiyah Al-Maz’umah” di website rasmi beliau, berkaitan dengan militan ISIS.
Seruan Ulama Besar Ahli Sunnah berkenaan pelampau agama yang menggelarkan diri mereka sebagai ISIS
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله وحده وصلى الله وسلم على من لا نبي بعده نبينا محمد وعلى آله وصحبه. أما بعد؛
Sesungguhnya telah lahir di Iraq beberapa tahun yang lalu, satu kelompok yang menamakan diri mereka dengan nama Daulah (Negara) Islam Iraq dan Syam, dan dikenali dengan empat huruf awal nama daulah khayalan tersebut iaitu [داعش] (ISIS). Dan muncul bersamaan dengan itu, sebagaimana yang disebutkan oleh sebahagian orang yang mengamati tingkah laku dan pergerakan mereka, sejumlah nama sebagai julukan bagi anggota mereka dengan sebutan : Abu Fulan Al-Fulani atau Abu Fulan bin Fulan, kuniah (julukan) yang disertai penisbatan kepada negeri atau kabilah, inilah kebiasaan orang-orang majhul (yang tidak dikenal), bersembunyi di balik julukan dan penisbatan.
Selang beberapa waktu terjadinya peperangan di Suriah antara pemerintah[1] dan para penentangnya, maka masuklah sekelompok orang dari ISIS ini ke Suriah, bukan untuk memerangi pemerintah, akan tetapi memerangi Ahlus Sunnah yang menentang pemerintah dan membunuh Ahlus Sunnah dengan cara yang sangat kejam, dan telah masyhur cara membunuh mereka terhadap orang yang ingin mereka bunuh. Dengan menggunakan pisau-pisau yang merupakan cara terburuk dalam membunuh manusia.
Dan di awal bulan Ramadhan tahun ini (1435 H) mereka mengubah nama kelompok mereka menjadi “Al-Khilafah Al-Islamiyah”. Khalifahnya yang dinamakan Abu Bakr Al-Baghdadi berkhutbah di sebuah masjid di Mosul, diantara yang dia katakan dalam khutbahnya, “Sungguh aku telah dijadikan pemimpin kalian padahal aku bukan yang terbaik di antara kalian”. Sungguh dia telah berkata benar bahawa dia bukanlah yang terbaik di antara mereka, kerana dia telah membunuh orang yang mereka bunuh dengan pisau-pisau. Apabila pembunuhan itu atas dasar perintahnya, atau dia mengetahuinya dan membolehkannya. maka dia adalah yang terburuk di antara mereka (memang bukan yang terbaik), berdasarkan sabda Nabi sallallahu’alaihi wa sallam,
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Dan kalimat yang dia katakan dalam khutbahnya tersebut, telah dikatakan oleh khalifah pertama dalam Islam setelah Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam,iaitu Abu Bakr As-Siddiq radhiyallahu’anhu wa ardhaahu, dan beliau adalah orang terbaik umat ini, sedang umat ini adalah umat yang terbaik di antara umat-umat yang ada. Beliau mengatakan demikian dalam rangka tawadhu’ (bersikap rendah hati) sedang beliau mengetahui, para sahabat juga mengetahui bahwa beliau adalah orang yang terbaik di antara mereka berdasarkan dalil-dalil yang menunjukkannya dari ucapan Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam.
Termasuk kebaikan (yang kami nasihatkan) untuk kelompok ini, hendaklah mereka sadar diri dan kembali kepada kebenaran, sebelum daulah mereka hilang terbawa angin seperti daulah-daulah lain yang semisalnya.
Dan sangat disayangkan, fitnah (bencana) khilafah khayalan yang lahir beberapa waktu yang lalu ini, diterima oleh anak-anak muda yang bodoh di negeri Al-Haramain (Saudi). Mereka menampakkan kebahagiaan dan kegembiraan terhadap khilafah khayalan ini bagaikan orang bahagia mendapat minuman sedang dia dalam keahusan. Dan diantara mereka ada yang berkhayal untuk membai’at khalifah majhul ini! Bagaimana mungkin diharapkan kebaikan dari orang-orang yang tersesat dengan ajaran takfir (pengkafiran terhadap kaum muslimin) dan pembunuhan dengan cara yang paling kejam dan tragik…?!
Wajib atas para pemuda tersebut untuk melepaskan diri dari mengikut-ngikut di belakang para pelaki provokasi, dan hendaklah dalam setiap tindakan mereka kembali kepada dalil yang datang dari Allah ‘azza wa jalla dan dari Rasul-Nya sallallahu’alaihi wa sallam. Kerana padanya itu ada keselamatan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Dan hendaklah mereka kembali merujuk kepada para ulama untuk menasihati mereka dan menasihati kaum muslimin.
Diantara contoh keselamatan dari pemikiran sesat karena merujuk kepada ulama, adalah sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim dalam Sahih beliau (no. 191) dari Yazid Al-Faqir, beliau berkata,
كُنْتُ قَدْ شَغَفَنِى رَأْىٌ مِنْ رَأْىِ الْخَوَارِجِ فَخَرَجْنَا فِى عِصَابَةٍ ذَوِى عَدَدٍ نُرِيدُ أَنْ نَحُجَّ ثُمَّ نَخْرُجَ عَلَى النَّاسِ – قَالَ – فَمَرَرْنَا عَلَى الْمَدِينَةِ فَإِذَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ – جَالِسٌ إِلَى سَارِيَةٍ – عَنْ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ فَإِذَا هُوَ قَدْ ذَكَرَ الْجَهَنَّمِيِّينَ – قَالَ – فَقُلْتُ لَهُ يَا صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ مَا هَذَا الَّذِى تُحَدِّثُونَ وَاللَّهُ يَقُولُ (إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ) وَ (كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا) فَمَا هَذَا الَّذِى تَقُولُونَ قَالَ فَقَالَ أَتَقْرَأُ الْقُرْآنَ قُلْتُ نَعَمْ. قَالَ فَهَلْ سَمِعْتَ بِمَقَامِ مُحَمَّدٍ – عَلَيْهِ السَّلاَمُ – يَعْنِى الَّذِى يَبْعَثُهُ اللَّهُ فِيهِ قُلْتُ نَعَمْ. قَالَ فَإِنَّهُ مَقَامُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- الْمَحْمُودُ الَّذِى يُخْرِجُ اللَّهُ بِهِ مَنْ يُخْرِجُ. – قَالَ – ثُمَّ نَعَتَ وَضْعَ الصِّرَاطِ وَمَرَّ النَّاسِ عَلَيْهِ – قَالَ – وَأَخَافُ أَنْ لاَ أَكُونَ أَحْفَظُ ذَاكَ – قَالَ – غَيْرَ أَنَّهُ قَدْ زَعَمَ أَنَّ قَوْمًا يَخْرُجُونَ مِنَ النَّارِ بَعْدَ أَنْ يَكُونُوا فِيهَا – قَالَ – يَعْنِى فَيَخْرُجُونَ كَأَنَّهُمْ عِيدَانُ السَّمَاسِمِ. قَالَ فَيَدْخُلُونَ نَهْرًا مِنْ أَنْهَارِ الْجَنَّةِ فَيَغْتَسِلُونَ فِيهِ فَيَخْرُجُونَ كَأَنَّهُمُ الْقَرَاطِيسُ. فَرَجَعْنَا قُلْنَا وَيْحَكُمْ أَتُرَوْنَ الشَّيْخَ يَكْذِبُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَرَجَعْنَا فَلاَ وَاللَّهِ مَا خَرَجَ مِنَّا غَيْرُ رَجُلٍ وَاحِدٍ أَوْ كَمَا قَالَ أَبُو نُعَيْمٍ
إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ
Dan firman Allah ta’ala,
كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا
Maka apa yang boleh engkau katakan?
Beliau berkata: Apakah kamu membaca Al-Qur’an?
Aku berkata: Ya.
Beliau berkata: Apakah kamu pernah mendengar ayat tentang kedudukan (syafa’at) Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa sallam yang akan Allah bangkitkan baginda dalam kedudukan ini?
Aku berkata: Ya.
Beliau berkata: Sesungguhnya itu kedudukan (syafa’at) Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wa sallam yang terpuji, yang dengan itu Allah mengeluarkan sebahagian orang dari neraka.
Kemudian beliau menyebutkan tentang jambatan (siroth) dan manusia yang akan melintasi di atasnya –aku khawatir menyampaikannya kerana aku tidak menghafalnya dengan baik, yang pasti beliau menyebutkan tentang satu kaum yang keluar dari neraka setelah mereka diazab di dalamnya. Mereka keluar dalam bentuk seperti biji bijan yang terbakar oleh sinaran matahari- Beliau berkata : Mereka lalu masuk ke salah satu sungai di syurga, mereka mandi padanya, lalu mereka keluar dalam bentuk seperti kertas-kertas putih.
Kami pun kembali, lalu kami berkata kepada rombongan kami, celaka kalian. Apakah kalian menganggap Asy-Syaikh (Jabir bin Abdullah) berdusta atas nama Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam (beliau tidak mungkin berdusta)?! Maka kami pun kembali, demi Allah (setelah itu) tidak ada seorang pun dari kami yang keluar (mengikuti Khawarij) kecuali satu orang –atau seperti yang dikatakan oleh Abu Nu’aim-.”
[HR. Muslim]
Abu Nu’aim ialah Al-Fadhl bin Dukain dan beliau adalah salah seorang perawi hadis ini. Dan hadis ini menunjukkan bahawa kelompok ini telah tertipu dengan pemikiran Khawarij dalam mengkafirkan pelaku dosa besar dan menyakini kekalnya kelompok tersebut di neraka, dan dengan pertemuan bersama sahabat Jabir radhiallahu’anhu dan penjelasan beliau, maka mereka kemudian mengikuti bimbingan beliau, meninggalkan kebatilan yang mereka fahami dan tidak jadi memberontak sepertimana yang sudah mereka rencanakan untuk dilakukan setelah melaksanakan haji. Maka ini adalah faedah terbesar yang akan didapati oleh seorang muslim apabila dia merujuk kepada ulama.
Bahaya ghuluw (berlebih-lebihan) dalam agama dan menyimpang dari kebenaran serta menyelisihi pendapat Ahlus Sunnah wal Jama’ah dapat dilihat pada sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam, dari hadis Hudzaifah radhiallahu’anhu;
إنَّ أخوفَ ما أخاف عليكم رجل قرأ القرآن، حتى إذا رُئيت بهجته عليه وكان ردءاً للإسلام، انسلخ منه ونبذه وراء ظهره، وسعى على جاره بالسيف ورماه بالشرك، قلت: يا نبيَّ الله! أيُّهما أولى بالشرك: الرامي أو المرمي؟ قال: بل الرامي
[Diriwayatkan Al-Bukhari dalam At-Tarikh, Abu Ya’la, Ibnu Hibban dan Al-Bazzar, lihat Ash-Sahihah karya Al-Albani no. 3201]
Anak muda pada kebiasaanya amat lemah pemahamanya. Ini dapat dilihat dari sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari dalam Sahih beliau (no. 4495) dengan sanadnya kepada Hisyam bin ‘Urwah dari bapaknya, bahwa beliau berkata;
قلت لعائشة زوج النَّبيِّ صلى الله عليه وسلم وأنا يومئذ حديث السنِّ: أرأيتِ قول الله تبارك وتعالى: إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا، فما أرى على أحد شيئاً أن لا يطوَّف بهما، فقالت عائشة: كلاَّ! لو كانت كما تقول كانت: فلا جناح عليه أن لا يطوَّف بهما، إنَّما أنزلت هذه الآية في الأنصار، كانوا يُهلُّون لِمناة، وكانت مناة حذو قديد، وكانوا يتحرَّجون أن يطوَّفوا بين الصفا والمروة، فلمَّا جاء الإسلام سألوا رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ذلك، فأنزل الله إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِن شَعَآئِرِ اللَّهِ فَمَنْ حَجَّ الْبَيْتَ أَوِ اعْتَمَرَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِ أَن يَطَّوَّفَ بِهِمَا
Aisyah berkata : Tidak, andaikan seperti yang engkau katakan maka ayatnya akan berbunyi, “Maka tidak ada dosa baginya untuk ‘tidak’ tawaf (sa’ie) pada keduanya”. Hanyalah ayat ini turun ada sebabnya, iaitu tentang kaum Ansar. Dulu mereka berihram untuk Miqat, dan Miqat terletak di Qudaid, dahulu mereka merasa berdosa untuk melakukan sa’ie antara Safa dan Marwah, maka ketika datang Islam, mereka bertanya kepada Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam tentang itu. Lalu Allah menurunkan (firman-Nya), “Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah termasuk syiar-syiar Allah. Maka barangsiapa yang melakukan haji ke ka'bah atau umrah, maka tidak ada dosa baginya untuk tawaf (sa’ie) pada keduanya”.” [HR. Al-Bukhari]
Khawarij Menghafal Al-Qur'an Namun Tidak Memahaminya Seperti Pemahaman Nabi dan Para Sahabat.
Padahal ‘Urwah bin Az-Zubair termasuk sebaik-baik tabi’in, salah seorang dari 7 Fuqaha Madinah di masa tabi’in. Beliau telah memperbetulkan kesalahannya dalam memahami hadis berkenaan, iaitu keadaan beliau yang masih berusia muda ketika beliau bertanyakan soalan tersebut kepada Aisyah. Maka jelaslah anak muda umumnya kurang pemahaman, dan bahawa kembali kepada ulama adalah kebaikan dan keselamatan.
Dan dalam Sahih Al-Bukhari (no. 7152) dari Jundab bin Abdullah radhiallahu’anhu, dia berkata;
إنَّ أوَّل ما ينتن من الإنسان بطنُه، فمَن استطاع أن لا يأكل إلاَّ طيِّباً فليفعل، ومَن استطاع أن لا يُحال بينه وبين الجنَّة بملء كفٍّ من دم هراقه فليفعل
Al-Hafizh berkata dalam Al-Fath (13/130),
ووقع مرفوعاً عند الطبراني أيضاً من طريق إسماعيل بن مسلم، عن الحسن، عن جندب، ولفظه: (تعلمون أنِّي سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لا يحولنَّ بين أحدكم وبين الجنَّة وهو يراها ملءُ كفِّ دم من مسلم أهراقه بغير حلِّه)، وهذا لو لم يرِد مصرَّحاً برفعه لكان في حكم المرفوع؛ لأنَّه لا يُقال بالرأي، وهو وعيد شديد لقتل المسلم بغير حقٍّ
تعلمون أنِّي سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لا يحولنَّ بين أحدكم وبين الجنَّة وهو يراها ملءُ كفِّ دم من مسلم أهراقه بغير حلِّه
Lafaz ini tidak secara tegas sampai kepada Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam (marfu’) akan tetapi dia dihukumi marfu’ kerana tidak mungkin dikatakan berdasarkan pendapat (mesti berdasarkan wahyu), sebab di dalamnya ada ancaman yang keras terhadap dosa membunuh seorang muslim tanpa alasan yang benar (ini tidak mungkin dari pendapat Jundab, mestilah beliau pernah mendengarnya dari Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam).”
Dan hadis-hadis serta atsar-atsar ini yang sebahagiannya telah aku sebutkan dalam risalah,
بأي عقل ودين يكون التفجير والتدمير جهادا؟! ويحكم أفيقوا يا شباب
Dalam risalah ini, terdapat beberapa ayat, hadis dan atsar yang banyak memperkatakan tentang haramnya bunuh diri dan membunuh orang lain tanpa hak. Risalah ini telah dicetak secara terpisah pada tahun 1424 H, dan dicetak pada tahun 1428 H bersama risalah lain yang berjudul,
بذل النصح والتذكير لبقايا المفتونين بالتكفير والتفجير
Dan untuk para pemuda yang telah mengikut dibelakang militan (ISIS) ini, hendaklah mereka memperbetulkan diri. Kembali kepada kebenaran dan jangan berfikir untuk bergabung dengan mereka, yang mana akan menyebabkan kalian keluar dari kehidupan dengan pengeboman berani mati yang mereka pakaikan atau disembelih manusia yang tidak layak dibunuh menggunakan pisau-pisau mereka yang mana kesemua ini telah menjadi ciri khas kelompok ini. Dan (kepada para pemuda Arab Saudi) hendaklah mereka tetap konsisten dalam mendengar dan taat kepada pemerintah Arab Saudi yang mana mereka hidup di bawah kekuasaannya. Demikian pula kepada bapak-bapak dan datul-datuk mereka yang hidup di negeri ini dalam aman dan damai. Negeri ini, dengan kebenaran (aku berkata) adalah sebaik-baiknya negeri di dunia ini, meskipun masih terdapat banyak kekurangan. Diantara sebab kekurangan tersebut adalah perangai para pengikut Barat di negeri ini yang cepat melatah untuk mengikut gaya kehidupan Barat, terutama dalam perkara yang memudaratkan.
Aku bermohon kepada Allah ‘azza wa jalla agar memperbaiki kondisi kaum muslimin di setiap tempat, memberi hidayah kepada para pemuda kaum muslimin baik laki-laki mahupun wanita kepada jalan kebaikan. Menjaga negeri Al-Haramain baik pada pemerintah mahupun masyarakat dari setiap keburukkan. Memberi taufiq kepada setiap kebaikan dan melindungi dari keburukkan orang-orang yang buruk perangainya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha penyayang.
Dipetik dari : http://sofyanruray.info/seruan-ulama-besar-arab-saudi-terkait-isis/
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.