Soalan :
Saya seorang penjawat awam di sebuah instusi kerajaan. Institusi ini menggajikan para pekerjaan dengan pekerjaan di luar jam kerja, iaitu pada petang hari Khamis dan Jumaat. Tetapi tidak seorang pun yang datang di antara yang diberi tugas itu hadir bekerja. Setelah ALLAH memberikan saya hidayah, saya telah meminta pengurus untuk mengawasi para pekerja saat mereka bekerja agar mereka tidak ponteng kerja. Tetapi dia tidak mahu mendengar permintaan saya, kerana dia juga termasuk dari mereka yang diberikan tugasan yang sama, dan tidak datang ke tempat kerja. Saya juga telah meminta untuk mengeluarkan nama saya dari daftar petugas walaupun saya diperlukan dalam tugas berkenaan. Jika saya tidak mengambil wang gaji tersebut, maka wang gaji saya itu akan diambil oleh orang lain dengan cara yang tertentu. Bagaimana solusinya? Tolong beritahu kami, semoga ALLAH membalas anda dengan kebaikan.
Jawapan :
Ini tidak boleh. Ini merupakan pengkhianatan yang dilakukan oleh pihak atasan dan orang bawahannya. Menerima upah yanpa bekerja adalah khianat. Jika berkhianat, janganlah anda termasuk mereka dan jangan termasuk orang-orang yang berkhianat. Semoga ALLAH memberikan kita keselamatan dan kesejahteraan.
Fatawa Lil Muwazhzhafin wal 'Ummal, Syaikh Bin Baz, hal. 55-56
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.