Ada perbezaan pemdapat antara saya dan seorang teman bangsa Arab tentang mengqasarkan solat. Perlu diketahui, bahawa kami di Amerika Syarikat dan tinggal di sana selama dua tahun. Saya senantiasa menyempurnakan solat seperti halnya ketika berada di negeri sendiri, sementara rakan saya mengqasarkan solatnya dengan anggapan bahawa dirinya seorang musafir, walaupun hingga dua tahun. Kami mohon penjelasan tentang hukum mengqasarkan solat bagi kami serta dalilnya.
Jawapan
Pada dasarnya, seorang musafir mendapat rukhsah (keringanan) untuk mengqasarkan solat-solat empat rakaat, berdasarkan firman ALLAH S.W.T
"Dan apabila kamu berpergian di muka bumi ini, maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan solat(mu) (An-Nisa' : 101)
Dan berdasarkan perkataan Ya'la bin Umayyah kepada Umar bin Khattab, ("Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu menqasarkan solat(mu). Jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir"), Umar berkata, "Aku pun hairan terhadap apa yang engkau hairankan." Lalu aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, baginda pun bersabda;
"Itu adalah sedekah yang ALLAH sedekahkan kepada kalian, maka terimalah sedekahNya itu." [1]
Yang dianggap musafir adalah yang tinggal selama empat hari empat malam atau kurang, berdasarkan riwayat dari hadis Jabir dan Ibnu Abbas R.A, bahawa Nabi S.A.W tiba di Makkah pada waktu Subuh tunggal 4 Zulhijjah, saat Haji Wada' [2]. Lalu Baginda S.A.W tinggal di sana pada hari keempat, kelima, keenam dan ketujuh, lalu solat Subuh di Abthah pada hari kelapan. Pada hari-hari tersebut, baginda mengqasarkan solat, tentunya baginda telah merencanakan waktu tinggalnya itu. Maka setiap musafir yang merencanakan tinggal selama masa tinggal Nabi S.A.W tersebut, atau kurang dari itu, ia boleh mengqasarkan solat. Sedangkan yang merencanakan tinggal lebih lama dari itu, maka hendaknya dia menyempurnakan solat, kerana dia tidak lagi tergolong musafir.
Adapun orang yang tinggal lebih dari empat hari dan belum merencanakan tinggal, bahkan rencananya adalah segera kembali ke tempat asalnya selepas selesai urusannya, maka dia seperti yang tinggal di medan jihad menghadapi musuh, atau ditahan penguasa, atau terhalangi oleh sakit, yang mana dalam niatnya adalah segera kembali jika selesai jihadnya, baik dengan kemenangan ataupun perdamaian, atau lolos dari tahanan atau sembuh dari sakit atau adanya peluang untuk pulang atau telah berhasil menjual barang, dan sebagainya. Yang demikian ini termasuk musafir, dia boleh mengqasarkan solat-solat yang empat rakaat walaupun masa tinggalnya lama. Hal ini berdasarkan riwayat, bahawa Nabi S.A.W tinggal di Makkah selama sembilan hari pada tahun penaklukan Makkah, dan selama itu Baginda S.A.W mengqasarkan solat [3]. Baginda S.A.W pernah tinggal di Tabuk selama 20 hari untuk jihad melawan Nasrani, dan selama itu Baginda S.A.W mengimami solat para sahabat dengan Qasar [4]. Demikian itu kerana Baginda S.A.W tidak merencanakan untuk tinggal, tetapi niatnya adalah safar hingga urusannya selesai.
[1] H.R Muslim, kitab Salatul Musafirin, no. 686
[2] Al-Bukhari, kitab Taqshirush Solah, no. 1085
[3] Al - Bukhari, kitab Taqshirush Solah, no. 10801
[4] Ahmad, 2/295; Abu Daud dalam bab solat, no.1234; Abd bin Humaid, no. 1139.
Sumber : Fatawa Islamiyyah, Al-Lajnah Ad-Daimah (1/274)
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.