JAWAPAN SYEIKH SALIH FAUZAN AL-FAUZAN BILA DITANYA MENGENAI HUKUM ONANI

Assalamualaikum. 

Saya mahu bertanya soal onani itu boleh tidak? Khususnya bagi anak muda yang belum menikah. 

Jazakumullah khairon. Wassalamu’aikum.

Jawapan :

Berikut kami nukilkan jawapan Syeikh Salih bin Fauzan Al Fauzan hafizahullah (seorang ulama Kerajaan Arab Saudi) ketika beliau ditanyakan tentang masalah onani. Beliau hafizhahullah ditanya, "saya seorang pelajar muslim (selama ini) saya terjerat oleh kebiasaan onani/masturbasi. Saya terumbang-ambing disebabkan dorongan hawa nafsu sampai berlebih-lebihan melakukannya. Akibatnya, saya meninggalkan solat dalam waktu yang lama. Saat ini, saya berusaha sekuat tenaga (untuk menghentikannya). Tetapi saya seringkali gagal. Kadangkala setelah saya melakukan solat witir di malam hari, namun pada saat saya mula hendak tidur, maka saya melakukannya. Apakah solat yang saya kerjakan itu diterima? Haruskah saya mengqadha solat? Lantas, apa hukum onani? Perlu diketahui, saya melakukan onani biasanya setelah menonton televisyen atau video.

Jawapan Syaikh:

Onani/Masturbasi hukumnya haram kerana merupakan istimta’ (meraih kesenangan/kenikmatan) dengan cara yang tidak Allah subhanahu wa ta’ala halalkan. Allah tidak membolehkan istimta’ dan penyaluran kenikmatan seksual kecuali pada isteri atau budak wanita.

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman.

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ

“Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.” (Al-Mu’minun 5-6)

Jadi, apa sahaja jenis istimta’ yang dilakukan bukan kepada isteri atau hamba perempuan, maka ianya tergolong dalam satu bentuk kezaliman yang haram. Nabi ﷺ telah memberikan petunjuk kepada para pemuda agar menikah bagi menghilangkan keliaran dan pengaruh negatif syahwat. Baginda ﷺ bersabda yang ertinya, ‘Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya. (Hadis Riwayat al-Bukhari, (no. 5066))

Rasulullah ﷺ memberi kita petunjuk untuk mematahkan (godaan) syahwat dan menjauhkan diri dari bahaya dengan dua cara. Berpuasa untuk yang tidak mampu menikah, dan menikah untuk yang mampu. Petunjuk baginda ﷺ ini menunjukkan bahawa tidak ada cara ketiga yang para pemuda dibenarkan menggunakannya bagi menghilangkan (godaan) syahwat. Maka dengan itu, onani/masturbasi adalah haram hukumnya sehingga tidak boleh dilakukan dalam apa jua kondisi menurut jumhur ulama.

Wajib bagi Anda untuk bertaubat kepada Allah subhanahu wa ta’ala dan tidak mengulangi kembali perbuatan seperti itu. Anda juga harus menjauhi hal-hal yang dapat menaikkan syahwat anda, sebagaimana yang anda sebutkan bahawa anda menonton televisyen dan video serta melihat acara-acara yang membangkitkan syahwat. Wajib bagi anda menjauhi acara-acara itu. Jangan menonton video atau televisyen yang menampilkan acara-acara yang membangkitkan syahwat, kerana semua itu termasuk dalam sebab-sebab yang mendatangkan keburukan.

Seorang muslim seharusnya senantiasa menutup pintu-pintu keburukan untuk dirinya dan membuka pintu-pintu kebaikan. Segala sesuatu yang mendatangkan keburukan dan fitnah pada diri anda, maka hendaklah anda jauhi. Di antara fitnah yang terbesar adalah filem dan drama bersiri yang menampilkan perempuan-perempuan penggoda dan adegan-adegan yang membakar syahwat. Jadi anda wajib menjauhi kesemua itu dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Adapun tentang mengulangi solat witir atau nafilah, itu tidak wajib bagi anda. Perbuatan dosa yang anda lakukan itu tidak membatalkan witir yang telah anda kerjakan. Jika anda mengerjakan solat witir atau nafilah atau tahajjud, kemudian setelah itu anda melakukan onani, maka onani itulah yang diharamkan -Anda berdosa kerana melakukannya-, sedangkan ibadah yang anda kerjakan tidaklah batal kerananya. Hal ini kerana, suatu ibadah jika ditunaikan dengan tata cara yang sesuai dengan syariat, maka tidak akan batal/gugur kecuali oleh syirik atau murtad -kita berlindung kepada Allah dari keduanya-. Adapun dosa-dosa selain keduanya, maka tidak membatalkan amal soleh yang telah dikerjakan. Namun pelakunya tetap berdosa.

(Al-Muntaqa min Fatawa Fadhilah Asy-Syeikh Salih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan IV/273-274)

*********************************************

Penyoal : Ryo
Dijawab oleh : Abu Muslih Ari Wahyudi
Disalin dari Majalah Fatawa Volume 11/Th I/14124H-2003M

Post a Comment

4 Comments

  1. "penyaluran kenikmatan seksual kecuali pada isteri atau budak wanita." ??? Budak wanita tu apa dia?? Yang hamba sahaya tu kan kene nikah dulu kan...jadi bila dah nikah jadilah dia isteri kita...bukan begituka...jadi napa nak bgtau isteri atau hamba sahaya??? Mohon pencerahan dr sesiapa yg tahu?? TQ

    ReplyDelete
  2. Sebelum Islam diturunkan, perbudakan atau perhambaan sangat merajalela dan tidak ada batasan yang melarangnya. Ertinya siapa saja dapat dijadikan hamba dengan cara apapun, seperti dirampas, diculik dan sebagainya. Namun ketika Islam datang perhambaan sangat dibatasi. Iaitu hanya tawanan perang yang boleh dijadikan hamba. Sebab hal ini sudah menjadi satu kebiasaan , dimana orang Islam pun ditawan oleh musuh akan dijadikan hamba.

    Namun demikian, Islam sangat menganjurkan kepada umatnya untuk memerdekakan hamba-hamba itu. Diantaranya dijadikan sebagai tebusan untuk membayar kafarat dalam beberapa pelanggaran syariat, seperti kafarat sumpah, membunuh dengan tidak sengaja dan sebagainya. Dalam Islam hamba perempuan dihalalkan untuk digauli sebagaimana layaknya seorang isteri, namun hamba tersebut hanya boleh digauli oleh tuannya saja.

    Ertinya hamba yang dimiliki oleh seorang bapa tidak boleh digauli oleh anaknya atau siapapun juga. Bahkan apabila dia telah melahirkan anak maka disebut 'ummul walad' dimana tuannya tidak boleh menjualnya kepada yang lain, tetapi dia perlu terus memelihara atau memerdekakannya. Diantara dalilnya adalah ayat di atas dan beberapa ayat berikut ini:

    “Dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali hamba-hamba yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina.” (An-Nisa’: 24) .

    ReplyDelete
  3. Hamba tak perlu dinikahi setahu kami. Terus digauli (Jika hamba itu wanita)

    Wallahu'alam.

    - Jebat

    ReplyDelete

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.