TITISAN UBAT MATA TIDAK MEROSAKKAN PUASA


Soalan :

Dalam buku adh-Dhiya' al-Lami' ada bab khusus tentang bulan Ramadan dan hal-hal yang berkaitan dengan permasalahan puasa, di antaranya terdapat ungkapan (dan tidak juga membatalkan puasa jika seseorang muntah secara tidak sengaja atau mengubati mata atau telinganya dengan ubat titisan mata). Bagaimana pendapat anda tentang hal tersebut?

Jawapan :

Apa yang dikatakannya bahawa menitis mata atau telinga untuk mengubatinya tidak merosakkan puasanya, adalah pendapat yang benar, kerana yang demikian tidak di sebut makanan dan minuman. Walaupun demikian, menunda untuk menitiskan ubat sehingga malam hari adalah pendapat yang lebih selamat sebagai langkah keluar dari perbezaan pendapat.

Demikian juga orang yang muntah tanpa sengaja tidak merosakkan puasanya, kerana ALLAH tidak membenani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya. Hal ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T "Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan." (Al-Haj : 78) dan ayat-ayat lainya serta sabda Nabi S.A.W 

"Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan, maka dia tidak wajib mengqadha (puasanya), dan barangsiapa yang sengaja muntah, maka wajib qadha." [1]

[1] HR. Abu Daud, kitab as-Shaum, no. 2380; at-Tirmidzi, kitab as-Shaum, no. 720; Ibnu Majah, kitab as-Shaum, no.1676.

Fatawa as-Shiyam, Lajnah Da'imah, hal. 44

Post a Comment

0 Comments