UMNO & PERPADUAN BANGSA MELAYU


Oleh : Anasz

Aku kurang faham kenapa UMNO dituduh sebagai pemecah belah orang Melayu. Sedangkan pada hakikatnya, yang memecah belahkan Melayu adalah PBBM, PKR, PAN dan PAS.

Lihat sahaja pada nama UMNO sendiri. United Malays National Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Yang mana secara jelas, UMNO pada asal dan hakikatnya merupakan sebuah kesatuan dan persatuan yang mengumpulkan seluruh persatuan-persatuan Melayu dan kesatuan anak negeri di bawah satu bumbung.

Dan sepanjang sejarah, UMNO lah satu-satunya organisasi terbesar kesatuan Melayu yang berjaya memerdekakan dan memajukan negara.

Bagaimana pula dengan parti-parti lain seperti PAS, PBBM, PAN dan PKR.

PAS = Serpihan biro agama UMNO.
PBBM = Kelompok Terkumpulnya Muka Pengkhianat Bangsa Melayu dari UMNO dan PKR
PAN = Serpihan PAS
PKR = Serpihan ahli UMNO yang dipecat pada krisis politik 1997.

Jadi jika ada pihak yang mengatakan bahawa UMNO agen pemecah belah Melayu, maka kita tanyakan kepada mereka, selama ini mengapa sebahagian daripada mereka berada dalam kedudukan Pembangkang dalam satu tempoh yang lama dan kenapa ada yang sanggup bersengkongkol dengan DAP menjatuhkan kerajaan majoriti Melayu, yang akhirnya kerajaan campuran DAP, PKR, PAN dan PBBM inilah yang paling banyak menghakis hak-hak orang Melayu.

Post a Comment

0 Comments