Oleh : Nilamsuri Salam sejahtera, warkah bangsa ini kutitipkan khusus buatmu, Melayuku selepas melihat keretakan pada cermin amanah berbingkaikan pahit kesedaran di dinding episod sejarah. Ingatan khusus buatmu, Melayuku; jati diri Melayuku pernah dijajah tindas maruah bangsamu pernah diragut ganas kekayaan bumiku pernah dirampas bebas budaya dan bahasaku pernah tenggelam lemas. Salam sejahtera, kutitipkan warkah ini khusus buatmu, Melayuku sekadar mengingatkan bahawa kita pernah; menjadi sebuah bangsa yang dikagumi menjadi sebuah empayar yang digeruni menjadi pelayar pedagang yang dihormati. Salam sejahtera, Melayuku marilah kita kembali membina sebuah lagenda bangsa bangsa yang merdeka pemikirannya bangsa yang merdeka perilakunya bangsa yang merdeka gerak tindaknya bangsa yang merdeka budaya dan bahasanya bangsa yang merdeka segala! ______ Kuala Perlis 9 September 2001
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.