RINGGIT SEMAKIN JATUH, APA PENGERUSI MAJLIS PEMULIHAN NEGARA BUAT?


Oleh : Jebat

Kita barangkali ada terbaca mengenai laporan media berkenaan turunnya nilai matawang ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika. Dan sehingga tulisan ini dihasilkan, nilai dolar berbanding Ringgit Malaysia adalah pada nilai 1 dolar US bersamaan RM 4.50.

Ianya sesuatu yang amat mengecewakan terutama sekali 'trend' ini menyebabkan berlakunya peningkatan harga barang dan kos sara hidup.

Ditambah lagi dengan kenaikan OPR oleh bank negara, ianya akan lagi menambah beban kepada rakyat.

Namun disebalik kesemua ini, ada sesuatu perkara yang sering aku persoalkan. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Majlis Pemulihan Negara dalam membendung perkara ini?

Jujur aku cakap, Majlis Pemulihan Negara yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mahiaddin Yassin kelihatan tidak melaksanakan sebarang tindakan bagi mengurangkan beban rakyat.

Apa tindakan dia untuk meningkatkan kekuatan ringgit berbanding dolar Amerika?

Lalu aku bertanya, apakah wajar untuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri terus membiarkan MPN ini beroperasi dan berfungsi? Dan segala elaun keraian 'bertaraf menteri' diterima oleh Mahiaddin?

Pada pandangan aku, sewajarnya sudah tidak lagi. Malah Majlis Pemulihan Negara juga seharusnya dimansuhkan. Kerana aku melihat keberadaan MPN seakan-akan mewujudkan 'kabinet underground' disebalik kabinet sedia ada.

Kerajaan #KeluargaMalaysia pimpinan Dato' Seri Ismail Sabri wajar untuk mengkaji semula kedudukan Mahiaddin dalam 'kabinet bayangan' atas nama MPN ini. Sebab ternyata kewujudan MPN dan pelantikan Mahiaddin sebagai pengerusi MPN tidak memberikan sebarang kesan positif kepada negara, sebaliknya hanya menghabiskan wang rakyat semata-mata.

Post a Comment

0 Comments