Arab Saudi sentiasanya unik. Inilah negara yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai perlembagaan negaranya.
Menjadi sebuah negara yang moden dan kaya dengan tradisi, terdapat satu 'tradisi' yang unik dan tidak wujud di negara lain.
Salah satunya adalah mengenai kedudukan bendera mereka. Tahukah anda? Bendera Arab Saudi tidak dibenarkan untuk diturunkan atas apa juga keadaan. Larangan menurunkan bendera juga terpakai kepada raja mereka sendiri. Dengan erti kata yang lain, walaupun yang mangkat itu adalah Raja Arab Saudi sendiri, bendera rasmi negara dan bendera peribadi diraja tetap berada ditempat asalnya.
Berdasarkan artikel 13 undang-undang tubuh Arab Saudi, Raja Faisal bin Abdul Aziz menitahkan bahawa bendera kerajaan Arab Saudi tidak dibenarkan sama sekali diturunkan separuh tiang atas apa jua keadaan sekalipun, hatta kematian rajanya sendiri.
Ini kerana kalimah لا إله إلا الله Ù…Øمد رسول الله adalah paling tinggi melebihi segala-galanya.Dan berdasarkan undang-undang Arab Saudi, mana-mana individu yang didapati menurunkan bendera ke separuh tiang, sebagai menghormati kematian seseorang, individu berkenaan boleh dipenjara setahun dan denda 3 ribu riyal.
Sumber : Gulf News
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.