POLITIK KHIANAT ALA PAS


Oleh : Tok Janggut


Kalau ada parti politik paling bodoh dalam Malaysia ni, mungkin aku boleh cakapkan ianya adalah PAS. Cuma tak adil la kalau aku kata PAS tu semuanya bodoh. Sebab aku yakin dalam PAS ni ada gak yang cerdik.


Sewaktu BN kalah dalam PRU14, kita dapati kedudukan status quo politik Melayu terhakis selepas DAP menjadi kerajaan persekutuan. Era 22 bulan PH memerintah Malaysia kita dapat saksikan bagaimana DAP telah menggunakan segala peluang dan ruang yang ada untuk memastikan kedudukan umat Melayu ditekan semahu-mahunya.


Bermula dengan perlantikan peguam negara pertama dari kalangan orang kafir sehingga penjualan aset-aset negara dan umat Islam terutama Tabung Haji. Kita dapati orang Melayu seakan-akan hilang arah dan pegangan.


Tu tak termasuk lagi dengan kedudukan agama kita yang dilacurkan oleh Menteri Agama PH dengan tindakan-tindakan pro Liberalnya lagi.


Dan melihat daripada serangan demi serangan itu, kepimpinan UMNO dan PAS merasakan sudah tiba masanya untuk kedua parti tertua di tanah air ini duduk semeja dan berbincang mencari jalan penyelesaian dalam kemelut yang panjang.


Akhirnya, tertubuhlah Muafakat Nasional. Yang mana sedikit sebanyak telah menggerunkan Pakatan Haprak yang pada ketika itu sedang memerintah negara.


Kekalahan demi kekalahan dalam PRK memaksa PPBM yang berada dalam PH memikirkan strategi politik berbeza demi survival dan kelansungan parti pengkhianat berkenaan.


Presiden PPBM, akhirnya mengambil 'adat lamanya' dalam berpolitik dengan 'membawa keluar' PPBM dari PH sekaligus menyebabkan PH kini hilang majoriti di Parlimen.


Episod pengkhianatan Presiden PPBM ini walaupun seakan-akan tidak direstui oleh Atok, ianya sebenarnya merupakan strategi 'cuci tangan' Atok setelah melihat PPBM tidak boleh survive untuk PRU akan datang.


Peletakkan jawatan Atok sebagai PM sekaligus membuka ruang kepada Presiden PPBM menjadi Perdana Menteri seterusnya.


Khianat MN Tubuh PN


Selepas kerajaan bertukar tangan, dengan saki baki pengkhianat masih lagi menjadi kerajaan, Presiden PPBM cuba mencari peluang untuk melemahkan UMNO secara tersusun. Bermula dengan perlantikan beberapa Menteri UMNO yang dilihat 'mesra' dengan PPBM. Sekaligus menafikan beberapa nama yang diberikan oleh Presiden UMNO untuk menyertai kerajaan campuran berkenaan.


Tak sempat kerajaan campuran ini menjalankan urusan kerajaan, PPBM mencubit politik Sabah sekaligus menyebabkan terjadinya PRN Sabah, apabila KM Sabah pada ketika itu mengambil tindakan drastik meminta TYT Sabah membubarkan DUN Sabah bagi memberi peluang kepada PRN Sabah diadakan semula.


Dan pada ketika inilah PN ditubuhkan. Tanpa berbincang dengan UMNO, PAS cuba main dua kolam dengan bersetuju dengan penubuhan PN malah menyertai PN sebagai salah satu parti dalam komponen berkenaan.


Malah pemimpin PAS begitu bonggak dengan mengatakan bahawa urusan PAS adalah hak PAS. Maka UMNO tidak perlu ambil tahu.


Kuasa ternyata telah mengelabui PAS terutama sekali apabila kepimpinan mereka dilantik menjadi Menteri Kabinet dan Duta Khas ke Timur Tengah (Yang aku sendiri tak tau apa fungsinya).


Walaupun ianya bukan satu isu yang besar, namun sikap PPBM yang cuba 'tunjuk taring' dengan kedudukan kuasa sebagai PM menyebabkan UMNO melihat, pengkhianat bangsa ini perlu diajar.


Desakan demi desakan yang datang dari kepimpinan tertinggi UMNO untuk mendesak PM ke 2 dari PPBM meletakkan jawatan pada hakikatnya agak sukar. Ekoran kedudukan PM ke 2 itu agak selesa dengan UMNO tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menarik balik sokongan ke atas PM pada ketika itu.


Malah, bagi mengukuhkan kedudukan, PM ke 2 mula mencari strategi lain antaranya meminta agar diberikan kuasa darurat kesihatan sebagai cara untuk memperlambatkan serangan daripada UMNO pada ketika itu.


Menteri PAS Punca Mahiaddin Terciduk




Namun siapa sangka, pengkhianat yang cukup berstrategi ini akhirnya kecundang disebabkan Menteri PAS yang 'tersalah sebut' mengenai penamatan darurat sekaligus membelakangi perintah Yang Dipertuan Agong agar ianya dibahaskan terlebih dahulu di parlimen.


Sekaligus terjadilah konflik diantara Pejabat Perdana Menteri dengan Istana Negara.


Kepimpinan UMNO yang sudah cukup menahan sabar dengan perangai PM Pengkhianat ini akhirnya mendapat peluang terbuka untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan sedia ada.


Disebabkan dah tak boleh nak baiki kesilapan yang dilakukan oleh Menteri PAS berkenaan, PM ke 2 daripada PPBM ini akhirnya meletakkan jawatan ekoran hilang sokongan majoriti.


PRN Melaka


Walaupun orang UMNO telah pun jadi Perdana Menteri, namun ianya bukan satu kerajaan yang solid dan kukuh. Lihat sahaja perlantikan Menteri-Menteri Kabinet dalam Keluarga Malaysia. Ianya seakan-akan copy paste tinggalan PM terdahulu. Manakan tidak, menteri peliwat, menteri potong usus semuanya dikekalkan dalam kabinet.


Pilihanraya Negeri Melaka merupakan medan pertama diantara BN, PN dan PH. Pilihanraya kali ini juga unik ekoran parti dalam kerajaan campuran saling bertempung antara satu sama lain. 



Menariknya lagi, PAS juga membuat ijtihad politiknya dengan bersama PPBM dalam mendepani Barisan Nasional yang di dalamnya terdapat UMNO yang merupakan rakan mereka dalam Muafakat Nasional.


Keputusan PRN Melaka yang menyaksikan BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan lebih dari 2/3 kerusi, membuktikan rakyat Melaka menolak gabungan PN dan PH. Malah lebih menyedihkan PAS kalah disemua kerusi yang mereka tandingi.


Hakikatnya rakyat Melaka melihat PN dipenuhi dengan pengkhianat manakala PH pula dipenuhi dengan penipu.


PRN Johor


PRN Johor sekali lagi bakal menjadi medan bagi Barisan Nasional, PN dan PH menguji survival politik mereka menjelang PRU15. Para pemimpin UMNO pastinya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh agar kecemerlangan PRN Melaka dijemalkan di Johor, negeri kelahiran UMNO. Manakala PN dan PH pula mahu Johor menjadi 'tikaman maut' atau 'pukulan berbisa' kepada UMNO.


Namun jika melihat daripada sejarah 22 bulan PPBM bersama PH dan PH itu sendiri, agak sukar bagi PN yang didalamnya terdapat PPBM mampu memenangi keseluruhan kerusi DUN secara solo. Maka berkemungkinan satu pakatan hybrid bakal terbina diantara PN dan PH untuk mengurangkan majoriti BN.


Tetapi, ini semua bergantung kepada penilaian pengundi. Terutama sekali pengundi bangsa Melayu. Pengundi Melayu seharusnya lebih cerdik dalam memilih parti yang mampu membawa kestabilan kepada negeri. Selain mengingati kejahatan PH ketika memerintah dan juga saki baki pengkhianat mereka yang kini dalam PN.


Jadi dimana kedudukan PAS? Natijahnya tidak siapa mengetahui apa yang berada dalam benak pemikiran kepimpinan PAS. Dan tidak siapa tahu kenapa PAS sanggup bersama PPBM yang mengkhianati PH berbanding bersama UMNO yang sama-sama berjuang dengan mereka mempertahankan hak Melayu yang selama 22 bulan dihakis oleh PH yang mana pada ketika itu PPBM juga merupakan sebahagian darinya.

Post a Comment

0 Comments