FIRAUN POLITIK MALAYSIA

Gambar Sekadar Hiasan

Oleh : Jebat

Ternyata politik Malaysia amat gila pada hari ini. Dari musuh menjadi teman, dari teman menjadi musuh.

Namun disebalik kegilaan ini, ianya semua tetap berfokus kepada seorang individu selaku pencatur utama dalam apa jua yang berlaku di Malaysia. Suka tidak suka, mahu tidak mahu, individu yang aku namakan 'Firaun Politik' ini adalah 'Master Mind' politik negara ini.

Menjadi pemerintah paling kontroversi, dengan pelbagai fitnah yang dia hamburkan bermula ke atas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, membawa kepada Perdana Menteri kelima dan keenam, Firaun Politik Malaysia ini terlalu kuat cengkamannya.

Walaupun terdapat beberapa individu yang cuba lari dari cengkaman Firaun Politik ini, baik dari strategi, pendanaan politik mahupun mengubah arah negara ini ke arah yang lebih realistik, namun kebanyakkan mereka akhirnya kecundang di tangan Firaun Politik ini.

Aku tidak menyatakan bahawa Firaun Politik ini kuat, namun kekejamannya menyebabkan ramai dikalangan penentangnya 'takut' dengan Firaun ini. Kerana dia menggunakan apa jua instrumen yang boleh dicapai untuk memalukan malah menghukum musuh politiknya.

Walaupun sukar, aku merasakan bahawa Firaun Politik ini masih boleh dilemahkan (walaupun mungkin tidak dapat dikalahkan secara total). Kerana yang pasti setiap yang 'kuat' akan mengalami episod kelemahannya suatu hari nanti.

Apa yang penting buat hari ini adalah yang berjuang untuk lari dari cengkaman Politikus Firaun ini perlu terus cekal menghadapi cabaran yang mendatang.

Post a Comment

0 Comments