PILIHANRAYA JOHOR : MEWUJUDKAN KERAJAAN YANG STABIL



Oleh : Tok Janggut

Tempoh 22 bulan Pakatan Haprak memerintah Malaysia merupakan satu tempoh suram bagi rakyat Malaysia.

Selama 22 bulan inilah, sistem kerajaan dihancurkan, penjawat awam dihina selain hak-hak rakyat di tarik satu persatu bermula dengan pengurangan bantuan oleh kerajaan Haprak yang diketuai oleh Perdana Menteri PPBM sambil dibantu oleh PKR, DAP dan WARISAN.

Walaupun akhirnya Pakatan Haprak ini akhirnya tumbang sendiri akibat dari peletakkan jawatan Perdana Menteri PPBM, selepas episod tikam-menikam diantara kepimpinan Pakatan Haprakan, episod sembam Malaysia terus berlaku selepas Perdana Menteri seterusnya dari PPBM dilantik menjadi PM ke 9.

Dengan membawakan perwatakkan 'alim' dan 'tukang doa', PM 9 yang cukup terkenal dengan sikap berkhianat sesama sahabatnya ini akhirnya tidak kekal lama. Dan akhirnya dia kecundang dengan takdir ALLAH.

Namun, disebalik kesemua episod sembam politik Malaysia ini, ianya semua berpunca daripada kebodohan majoriti rakyat Malaysia yang mudah tertipu dan termakan dengan janji-janji manis daripada pihak Pakatan Haprakkan dan PPBM yang mahu menjadikan 'Malaysia Baharu' yang kononnya lebih bersih.

Ternyata 22 bulan memerintah, kita menyaksikan Pakatan Haprakkan meliwat institusi kerajaan semahu-mahunya seperti mengugurkan kes pendakwaan beberapa tokok VIP PH yang didakwa di mahkamah, menjual aset-aset negara kepada pihal luar, membuat pinjaman kepada Jepun selain melacurkan harta-harta umat Islam seperti aset-aset TH Plantation dan TH Hotel.

PRN MELAKA

Ketika diawal PRN Melaka yang terpaksa diadakan selepas episod pengkianatan beberapa orang dari blok kerajaan cuba menjatuhkan kerajaan campuran. Ramai dikalangan pemerhati politik seakan-akan melihat BN tidak mampu menawan Melaka. Ditambah lagi dengan keputusan PAS yang untuk bersama dengan PPBM, membuatkan BN yang ditunjangi UMNO membuat keputusan untuk bertanding secara solo dalam PRN Melaka.

Dan menariknya, dalam cakap-cakap BN tak boleh menang, akhirnya BN berjaya menawan Melaka lebih daripada 2/3 kerusi DUN.

Lebih menarik, PRK Melaka ini menyaksikan PAS, terus memperlihatkan kebodohan dalam menyusun strategi politik apabila tewas di semua kerusi yang diberikan kepada mereka.

PRN JOHOR

PRN Johor diadakan selepas mendapat perkenan pembubaran dari KDYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Ini berikutan kedudukan dalam DUN negeri Johor yang kini hanya dipisahkan oleh Speaker Dewan yang merupakan Speaker lantikan era pentadbiran Pakatan Haprak.

Jadi melihat situasi genting ini, maka MB Johor bertindak memohon untuk Dewan dibubarkan bagi membolehkan rakyat membuat keputusan.

Maka sewajarnya rakyat Johor mengambil peluang ini untuk memberikan undi kepada Barisan Nasional yang terbukti cemerlang dalam membangunkan negeri Johor.

Tak usah nak bereksperimen nak memilih selain Barisan Nasional. Kerana eksperimen menggantikan kerajaan sebelum ini sudah cukup melingkupkan negara.

Walaupun Barisan Nasional tidak maksum dari kesilapan dan kesalahan. Namun Barisan Nasional adalah pilihan paling tepat dan terbaik berbanding PN yang diisi dengan muka-muka pengkhianat dan PH yang dipenuhi dengan muka-muka penipu.

Jadi warga Johor...Ayuh tetapkan tekad untuk pilih Barisan Nasional untuk kestabilan di masa depan!

Post a Comment

0 Comments