JIN & SYAITAN TIDAK BOLEH DILIHAT


Oleh : Ustaz Idris Sulaiman

Alam jin berbeza dengan alam manusia. 

Jin dicipta daripada api manakala manusia daripada tanah. 

Mengapa dinamakan jin? 

Kerana jin terlindung dan tertutup daripada pandangan manusia. 

Kata Ibnu ‘Aqil (wafat 513H): 

سُمِّيَ ‌الْجِنّ جِنًّا لاجْتِنَانِهِمْ وَاسْتِتَارِهِمْ عَن الْعُيُون مِنْهُ سُمِّيَ الْجَنِين جَنِينًا.

“Dinamakan jin sedemikian kerana ia tertutup dan terlindung daripada mata. Daripada perkataan ini juga datangnya perkataan janin (kerana bayi dalam kandungan tertutup dan terlindung daripada pandangan mata).” 

Allah ﷻ berfirman: 

إِنَّهُۥ يَرَىٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَهُمۡ. 

“Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan kamu tidak dapat melihat mereka.”

[Surah : al-A’raaf, 07:27]

Menurut Ibnu Abdil Bar (wafat 463H), jin yang jahat dinamakan syaitan manakala yang lebih jahat dinamakan ‘marid’ (مارد). Adapun yang paling jahat dinamakan ‘ifrit’ (عفريت). 

[Aakam al-Marjaan Fi Ahkaam al-Jaan oleh asy-Syubaili]

Jin Alam Ghaib Tidak Boleh Dilihat Manusia: 

https://fb.watch/8ABoQ4pO-N/ 

Jangan Takutkan Anak dengan Hantu: 

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10217578081555720/ 

Percaya Kepada Hantu yang Membawa Syirik: 

https://www.facebook.com/1588241794/posts/10217509792688541/ 


CATATAN

Sehingga hari ini masyarakat terus dimomokkan dengan cerita-cerita makhluk halus melalui cerita-cerita misteri, video penampakan dan sebagainya. 


Kajang 

05 Rabiulawal 1443H /

12 Oktober 2021

Post a Comment

0 Comments