Tanpa menafikan bahawa orang Melayu menolak UMNO dan menyokong PAS, namun apa yang hendak aku fokuskan disini ialah post election yang memperlihatkan wujudnya 'cakap-cakap belakang' yang mula membangkitkan isu 'terkikisnya' kekuasaan dan pengaruh Melayu dalam politik dan kerajaan.
Peliknya, orang yang membangkitkan isu 'terkikisnya' kuasa dan pengaruh orang Melayu dalam politik dan kerajaan adalah orang yang sama yang mahu menjatuhkan kerajaan Melayu suatu ketika dahulu.
Jadi siapa yang menjadi punca kepada 'terkikisnya' kuasa dan pengaruh Melayu dalam politik Malaysia?
Jika kita kembali kepada perintah ALLAH dalam Al-Quran yang menyebut;
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَأُو۟لِى ٱلْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَـٰزَعْتُمْ فِى شَىْءٍۢ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌۭ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا ٥٩
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah An-Nisa : 59)
Dalam hal ini, ALLAH memerintahkan kita, umat Islam untuk mentaati ALLAH dan Rasul-Nya juga para pemerintah / orang-orang yang berkuasa. Dimana ALLAH meletakkan ketaatan terhadap pemerintah di tempat yang ketiga selepas ALLAH dan Rasul-Nya, sekaligus menunjukkan betapa beratnya perintah untuk kita mentaati kepada pemerintah. Kerana apa? Kerana disitu dibebankan dengan maslahat umat.
Jika ada yang menyatakan bahawa, "oh Malaysiakan negara demokrasi, jadi kita bebas memilih sesiapa sahaja". Bagi aku ini merupakan kenyataan orang yang dangkal dan tidak belajar.
Apakah disebabkan demokrasi, makanya kita harus membelakangi perintah ALLAH dan Rasul-Nya?
Apakah 'hukum' demokrasi lebih tinggi darjatnya dari hukum ALLAH?
Jadi kembali kepada mereka yang membangkitkan isu 'terkikisnya' kuasa Melayu.
Pada hakikatnya kuasa Melayu tidaklah terkikis sekiranya orang Melayu bersatu padu dalam satu saf yang sama.
Namun kekuasaan majoriti akan terkikis bilamana orang Melayu sendiri berpecah belah. Dan perpecahan ini dimulakan oleh siapa? Jawapan paling mudah adalah pembangkang.
Memang sejarah pembangkang daripada dahulu adalah mewujudkan perpecahan.
Dan kini telah terbukti, perpecahan dikalangan bangsa Melayu semakin membesar.
Dan apabila berpecah, pastilah akan ada kesannya.
Lalu kenapa mereka merisaukan terkikisnya kekuasaan bangsa Melayu dalam kerajaan sedangkan mereka sendiri juga yang mahukan perkara tersebut terjadi?
Ironinya, sekiranya kita mahu penguasaan bangsa Melayu kekal dominan, maka seharusnya kita bersatu dengan pemerintah Melayu pada hari ini.
Walaupun kita berkemungkinan tidak menyukai pemerintah pada hari ini, ianya bukan lesen untuk kita keluar dari mentaati mereka, dan dengan perkataan mudah, menjatuhkan mereka.
Sabda Rasulullah Sallahualaihi Wassalam;
خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ، وَيُصَلُّونَ عَلَيْكُمْ وَتُصَلُّونَ عَلَيْهِمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ»، قِيلَ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَفَلَا نُنَابِذُهُمْ بِالسَّيْفِ؟ فَقَالَ: «لَا، مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلَاةَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ، فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ، وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
Maksudnya: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka meyintai kamu, mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka. Manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka membenci kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Lalu baginda ditanya: Wahai Rasulullah! Tidakkah kita boleh memerangi mereka dengan pedang? Baginda bersabda: Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat bersama kamu. Jika kamu melihat sesuatu yang kamu benci daripada pemimpin kamu, maka bencilah perbuatannya, dan jangan meninggalkan ketaatan (kepadanya).” Hadis Riwayat Muslim (65)
Jadi pada PRN yang lalu, yang menyebabkan terkikisnya kekuasaan orang Melayu bukanlah berpunca daripada kerajaan. Sebaliknya daripada pembangkang.
Lalu, jika sudah terhakis, mengapa pula kerajaan yang perlu dipersalahkan?
Ini sesuatu yang memelikkan. Kerana ketika kerajaan meminta agar rakyat untuk menyokong kerajaan perpaduan yang diperintahkan untuk ditubuhkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, pihak pembangkang pula bertindak sebaliknya.
Lalu kini mahu menjadi hero yang bimbang dengan terkikisnya kuasa orang Melayu? Inilah suatu kebodohan.
Dalam erti kata mudah, dia yang pukul diri sendiri, dia yang rasa sakit. Dia pula yang 'play victim'.
Akhir kalam, pembangkang hanya mahukan kuasa. Dan sejarah Malaysia telah membuktikan bahawa bila pembangkang berkuasa, mereka menjahanam Malaysia semahu-mahunya.
0 Comments
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.