Beberapa hari yang lepas dunia digemparkan dengan berita penyerangan dari puak Hamas dari Gaza ke arah wilayah haram Israel.
Tanpa menafikan bahawa tindakan dari puak Hamas adalah sebagai salah satu respon hasil dari tekanan yang berterusan oleh Israel, namun di sudut yang lain, mereka juga telah membuka pintu fitnah yang pada akhirnya, rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Lihat sahaja respon yang dilancarkan oleh Israel ke atas wilayah berkenaan. Yang mati terbunuh adalah rakyat Palestin, yang tidak tahu menahu apa pun atau barangkali tidak terlibat langsung dengan gerakan berkenaan.
Disaat Hamas bergembira mereka dapat menawan beberapa pendatang haram Israel, namun disisi yang lain, nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi taruhan.
Malah, Israel bertindak lebih kejam dengan membunuh sesiapa sahaja hatta bayi yang tidak berdosa. Malah jumlah mereka yang dibunuh Israel lebih tinggi dari mangsa yang dibunuh oleh Hamas.
Lagi satu yang pelik pada serangan kali ini adalah, seakan-akan berlaku 'perancangan sulit' yang kita sendiri mungkin tidak sedari. Dalam satu video yang tersebar di internet, didapati beberapa anggota Hamas menyerbu pusat kawalan Israel yang berada di tebing barat. Namun 'peliknya' kesemua anggota keselamatan Israel telah hilang dan meninggalkan pelbagai senjata dan kenderaan di markas mereka.
Seakan-akan mereka sudah mengetahui kehadiran Hamas pos kawalan mereka.
Dalam peperangan ini, banyak muslihat yang barangkali kita tak sedari. Barangkali ini adalah perancangan pihak-pihak tertentu yang mahu mendapatkan dana dari pihak-pihak yang berkepentingan. Baik dari pihak Hamas mahupun Israel itu sendiri.
Atau juga Israel sedang mencari alasan untuk membenarkan mereka melakukan 'annual war' di Gaza selepas dua tahun (waktu COVID 19) tidak ada sebarang pergolakkan besar-besaran yang berlaku.
Walau apa pun yang terjadi, apa yang penting, pintu fitnah telah terbuka. Dan kini nyawa rakyat Palestin menjadi taruhan mereka-mereka yang berkepentingan.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.