Oleh : Jebat
Memasuki tahun masihi 2024, nampaknya aku masih kabur dalam melihat masa depan Malaysia. Arah tuju negara yang masih tidak jelas selain tidak ada sebarang kemajuan yang dilihat.
Yang ada hanyalah pertukaran Menteri, dan Timbalan Menteri selain nama-nama pegawai kanan dalam kementerian. Oh ya, termasuk juga nama Kementerian.
Sejak berakhirnya Pilihanraya Umum ke 14, Malaysia berhadapan dengan konflik politik berterusan.
Ketidakstabilan politik Malaysia bermula dengan pengunduran Yang Dipertuan Agong ke 15 dari takhta, tanpa sebab yang jelas, menyaksikan Malaysia melakar sejarah, seorang Yang Dipertuan Agong berundur dari takhta kerajaan sebelum lengkap penggal pemerintahan.
Pemerintahan kali kedua, Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia pasca PRU 14, tidak membawa sebarang kebaikan kepada Malaysia, melainkan negara semakin pening, dasar ekonomi yang serabut, dasar luar negara yang melingkup selain peningkatan hutang yang mendadak, tidak termasuk nilai Ringgit semakin menjunam.
Dan selepas kejatuhan Barisan Nasional, negara berhadapan dengan pertukaran Perdana Menteri yang berkali-kali. Bermula dari perletakkan jawatan Mahathir Mohamad pada 2020, diikuti Mahiaddin Yassin pada tahun 2021. Hanya Ismail Sabri yang kehilangan jawatan, akibat dari pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke 15 dilaksanakan.
Keputusan PRU15 merekodkan sejarah baharu dalam politik negara apabila buat pertama kalinya, tidak ada mana-mana parti politik di Malaysia mempunyai kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan secara sendiri. Sekaligus buat kali pertama, Malaysia tidak mempunyai kerajaan pilihan rakyat selama seminggu.
Dan sepanjang seminggu itu juga, kita dapat melihat pelbagai drama, perbincangan, cerita belakang, tarik menarik, tawar menawar yang terjadi diantara PH dan PN ke atas BN bagi membentuk kerajaan. Yang mana aku rasa ianya sesuatu yang kelakar, kerana kedua-dua parti ini cukup anti dengan BN ketika pilihanraya umum ke 15.
Walaupun pada akhirnya, kebuntuan parti mana yang jadi kerajaan akhirnya terjawab dengan pembentukan kerajaan campuran (atau dalam bahasa politik Malaysia dikatakan kerajaan perpaduan), dengan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri (Akhirnya!!!), sehingga hari ini aku tidak merasakan sebarang 'wow' factor yang dibawa oleh PM hari ini dalam mengangkasakan semula kejayaan Malaysia di persada antarabangsa.
Nak kata minyak turun, ianya tidak berlaku. Nak kata Ringgit meningkat, berani aku katakan, matawang kita terus jatuh, dan kini nilai Ringgit jauh lebih rendah dari Riyal Arab Saudi, sedangkan suatu ketika dahulu Ringgit kita setaraf atau lebih besar sedikit nilainya dari Riyal (Ini berdasarkan pengalaman aku pergi umrah pada penghujung tahun 2023).
Jujur aku tak tahu kenapa selepas BN dijatuhkan, Najib dipenjarakan, Malaysia masih terkapai-kapai untuk kembali ke tahap sebelum Najib dijatuhkan. Sedangkan semua faktor yang dahulunya di propagandakan sebagai 'masalah Malaysia' seperti RM tak laku di Makkah, Minyak boleh murah, GST punca barang naik, telah pun diselesaikan dengan menjatuhkan Najib dan BN.
Dan hari ini, Malaysia masih terkapai-kapai mencari arah. Bermula dari Malaysia Bersih, ke Malaysia Prihatin, membawa ke Keluarga Malaysia hinggalah ke Malaysia Madani, semuanya kehilangan arah dan gagal menyaingi kejayaan 1Malaysia.
Akhir kalam, aku doakan Malaysia terus berjaya menghadapi cabaran yang membadai.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.