BEIJING, 30 Mei - Wakil China menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan selanjutnya untuk mewujudkan gencatan senjata di Gaza bagi menyelamatkan nyawa dan menyelesaikan bencana kemanusiaan di sana.
Wakil Tetap China ke PBB Fu Cong ketika berucap pada sesi Majlis Keselamatan pada Rabu, berkata Israel tidak mempedulikan bantahan keras masyarakat antarabangsa dan berkeras melancarkan pengeboman terhadap lebih 10 kem pelarian di Gaza yang mengakibatkan kehilangan nyawa yang teruk. China membantah keras tindakan Israel tersebut.
Beliau menekankan bahawa China menentang tindakan yang mempolitikkan isu kemanusiaan, menjadikan kebuluran sebagai senjata atau menjadikan bantuan kemanusiaan sebagai cip perundingan.
Fu menggesa Israel agar memikul tanggungjawabnya sebagai pihak pendudukan, membuka dengan segera kesemua laluan di sempadan darat, menjamin kemasukan barang bantuan dengan cepat dan cukup, di samping menjamin keselamatan organisasi dan individu kemanusiaan serta pengedaran yang selamat dan teratur barang-barang bantuan.
- BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.