MAKKAH, 2 JUN 2024 - Kementerian Kesihatan Arab Saudi melalui Kluster Kesihatan Makkah mengesahkan kesediaan 18 hospital dan 126 pusat kesihatan di Makkah dan Tanah Suci untuk menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dan bersepadu kepada jemaah haji untuk musim Haji tahun ini, 1445H.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan bahawa kluster itu menyatakan bahawa hospital dan pusat kesihatan telah melengkapkan semua persiapan untuk melaksanakan pelan organisasi yang telah disediakan.
Hospital Kecemasan Ajyad akan beroperasi 24 jam sehari untuk memberikan rawatan kesihatan kepada pengunjung dan jemaah di Masjidil Haram selain tiga pusat kecemasan di halaman masjid yang dilengkapi dengan peralatan canggih untuk menangani kes kecemasan.
Hospital Al-Haram juga telah beroperasi di halaman utara Masjidil Haram.
Semua keupayaan telah dimanfaatkan untuk melatih kakitangan dan menyediakan keperluan yang diperlukan bagi memastikan kesinambungan kerja di semua klinik pesakit luar di semua hospital dan pusat kesihatan, kata Kluster Kesihatan Makkah.
Sebanyak 3,944 katil telah diperuntukkan di pelbagai kemudahan kesihatan, termasuk 654 katil untuk rawatan rapi, manakala 155 ambulans akan beroperasi sepanjang musim Haji, katanya.
- BERNAMA
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.