MELAYU TERANCAM: KENAPA PULA UMNO YANG SALAH?


Oleh : Jebat

1. Aku ada terbaca beberapa komen di fb, dari kelompok Melayu yang mengkritik UMNO, bahawasanya mereka dah jadi keldai DAP.

2. Tak kurang juga yang kritik UMNO kerana dah ikut apa sahaja arahan PMX. Presiden UMNO, Dr. Zahid Hamidi toksah kiralah, dimaki semahu-mahunya oleh puak-puak itu.

3. Apa mereka yang kritik ni semua dah hilang akal ke apa? UMNO / BARISAN NASIONAL dah kalah pada PRU yang lepas.

4. UMNO / BN ditolak oleh rakyat Malaysia, yang kini terpecah kepada 2 kumpulan iaitu PN dan PH.

5. Dan ketika tidak ada mana-mana parti dapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, Yang Dipertuan Agong pada ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah menitahkan PH dan PN duduk berbincang bagi menubuhkan kerajaan.

6. Dengar khabar PH bersedia, namun PN menentang. [Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1030010/pn-tolak-cadangan-tubuh-kerajaan-perpaduan-bersama-ph]

7. Sekaligus menyebabkan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah telah memanggil Presiden UMNO ke Istana Negara bagi membentuk kerajaan perpaduan dengan PH, demi kestabilan negara, ekoran kerajaan masih tidak terbentuk walaupun 5 hari keputusan pilihanraya telah diisytiharkan.

8. Permintaan daripada Yang Dipertuan Agong dijunjung oleh UMNO yang melihat perlunya kerajaan dibentuk demi masa depan Malaysia, walupun pada hakikatnya mereka lebih bersedia menjadi pembangkang. [Sumber : https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/bn-sedia-jadi-pembangkang-biar-pn-ph-bergabung-tok-mat/]

9. Dan hari ini, mereka menyalak, menyalahkan UMNO yang kononnya gagal mempertahankan hak Melayu.

10. Sedangkan dalam masa yang sama, mereka juga individu yang sama yang menjatuhkan UMNO yang dianggap sudah korup dan punya dosa yang banyak.

11. Jadi untuk apa UMNO bermati-matian mempertahankan orang Melayu sedangkan orang Melayu juga yang menjatuhkan sebuah organisasi yang telah banyak membantu bangsanya sendiri.

12. Sepatutnya mereka-mereka ini menyalak kepada kepimpinan mereka sendiri yang sedang enak mengketedarah elaun ahli parlimen, exco kerajaan negeri, glc & glic kerajaan negeri.

13. Jadi kepada mereka-mereka yang merasakan bahawa bangsanya kini tertekan dan ditekan, sedarlah, kemusnahan bangsa kalian bermula dari tangan-tangan kalian.

14. Akhir kalam, istighfar dan bermuhasabahlah banyak-banyak atas segala dosa yang kita lakukan. Kerana musibah yang terjadi tidak lain datang dari dosa kita sendiri.

Post a Comment

0 Comments