1. Antara impian Najib Razak adalah melihat Malaysia mempunyai sistem jaringan rel yang bukan sahaja komprehensif tetapi juga mesra rakyat.
2. Mengambil contoh projek MRT 3 fasa 1. Kita lihat pada stesen MRT sahaja, seakan-akan seperti airport dengan segala kemudahan terbaik disediakan. Selain itu, setiap stesen yang dibina, di lokasi tertentu, membawa falsafahnya tersendiri sebagai salah satu bentuk penghargaan kepada rakyat bahawa mereka "deserve better from the past".
3. Idea Najib, mahukan rakyat merasai keselesaan menyeluruh, selepas berpuluh tahun menggunakan perkhidmatan pengangkutan tren 'sekadar cukup rasa' sepertimana di projek-projek Rel sebelum ini.
4. Dan perlu difahami, Najib mendahulukan rakyat berbanding bekas Perdana Menteri 22 tahun, yang hanya 'tersedar' kepentingan pengangkutan rel selepas Malaysia diistiharkan menjadi tuan rumah Sukan Komenwel 1998.
5. Walaupun laporan kajian keperluan sistem rel ini telah wujud sejak akhir 1981 dan STAR ditubuhkan pada 1991.
6. Namun ianya mula dibina menjelang tahun-tahun akhir sebelum Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komenwel.
7. Dengan bahasa mudah, PM 22 tahun tu bangunkan sistem rel (LRT, PUTRA, MONORAIL) untuk 'show off' pada masyarakat luar berbanding mendahulukan kepentingan rakyat terutamanya di Ibu Negara.
8. Dan sebagai tambahan, baik LRT, PUTRA dan MONORAIL ni semuanya bankrap sebelum di bail out oleh kerajaan.
9. Dan di era Pak Lah, kesemua LRT, PUTRA dan MONORAIL di stuktur semula dengan pengendali terbaharu adalah Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).
10. Berbalik kepada Najib, beliau nampak bahawa projek rel seharusnya tidak bermatlamatkan keuntungan semata-mata, sebaliknya sebagai instrumen layanan untuk kemudahan rakyat bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dengan selamat dan selesa.
11. Maka kerana itulah, kesemua projek rel dikawal selia dengan syarikat Induk adalah Prasarana yang diperbadankan dibawah MOF Inc.
12. Dengan kata mudah, Najib nak sistem rel ini menjadi sebuah sistem pengangkutan yang "tak untung tapi tak bankrap".
13. Berbanding dari polisi sebelum ini "tak untung, kira rugi, nanti bail out".
14. Akhir kalam, kesemua projek LRT3, MRT, RTS, ECRL, ETS tu semua idea BN zaman Najib Razak. Kalau ada menteri yang claim kesemua tu hasil kerajaan campuran hari ini, maka ketahuilah, ianya satu penipuan Mega melebihi Menara Merdeka 118.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØÙ…Ø© الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.