Melihat kali pertama Bahasa Melayu digunakan di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), rasanya macam seronok pun ada. Kerana akhirnya, ada juga peluang Bahasa Melayu dikumandangkan di persidangan berkenaan.
Namun begitu, disebalik kegembiraan berkenaan, masih ada rakyat Malaysia yang memperlekehkan tindakan Perdana Menteri, Ismail Sabri menggunakan bahasa kebangsaan di persidangan berkenaan.
Ada yang mengatakan bahawa penggunaan Bahasa Melayu di majlis berkenaan adalah satu kemunduran, kekampungan, selain tidak melambangkan keintelektualan negara.
Siapa sangka, disaat negara sudah merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang memperlekehkan bahasanya sendiri.
Mungkin mereka ini tidak sedar diri, bahawa dengan Bahasa Melayulah, negara ini Merdeka. Dengan Bahasa Melayulah mereka mendapatkan hak kewarganegaraan Malaysia.
Aku bukan hendak mengecam penggunaan bahasa asing, namun janganlah sampai menghina bahasa kebangsaan sendiri.
Akhir kalam, tak guna pandai berbahasa Inggeris kalau mengaji Al-Quran pun masih terangkak-rangkak.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.