Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin bahawa kerajaan hari lambat bertindak bagi memulihkan ekonomi negara juga melambangkan kegagalan MPN atau lebih tepat PPBM sendiri.
Manakan tidak, portfolio menteri yang menjaga ekonomi serta perdagangan antarabangsa dipegang sendiri oleh ahli PPBM, iaitu Azmin Ali dan Mustapha Mohamad.
Adalah tidak wajar meletakkan kesalahan kelembapan pemulihan ekonomi disaat kerajaan pada hari ini mewarisi sebuah negara yang rosak dijahanamkan oleh PPBM+PH ketika menerajui negara.
Lihatlah tindakan bekas pengerusi PPBM, yang menghapuskan sistem cukai paling efektif, GST, kepada sistem cukai kuno STT. Sekaligus kerajaan kehilangan hasil yang tinggi. Tidak termasuk lagi dengan pembatalan pelbagai projek berimpak tinggi di era PPBM + DAP + PKR + Warisan Sabah berkuasa yang telah menyebabkan ramai pelabur luar lari dan tidak percaya dengan kestabilan ekonomi negara.
Walaupun PH akhirnya hancur lebur disebabkan PPBM yang menarik keluar dari Pakatan Hipokrit (PH), PM dari PPBM jugalah yang meneruskan legasi kegagalan kerajaan untuk berfungsi dengan baik. Malah Mahiaddin sendiri pernah ingkar dengan arahan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (SPBYDPA) ekoran tindakan membatalkan semua ordinan darurat belum lagi mendapat perkenan SPBYDPA.Tindakan ini bertentangan dengan perlembagaan negara dan dilihat tidak menghormati institusi Raja Berpelembagaan. (rujuk : Mkini)
Maka apabila Mahiaddin Si Pengkhianat dan Penderhaka ini mengeluarkan kenyataan 'mengkritik' kerajaan pada hari ini, ianya sama sahaja dengan usaha beliau mensabotaj kerajaan dari dalam. Menyalahkan orang lain, sedangkan punca dari kegagalan itu adalah datang dari dirinya sendiri.
Adalah sewajarnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memecat Mahiaddin Si Penderhaka ini dari mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara atau membubarkan sahaja organisasi yang dilihat sekadar menjadi 'shadow cabinet' kepada kerajaan yang ada pada hari ini.
0 Comments
بِسْÙ…ِ اللَّÙ‡ِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
السلام عليكم ورØمة الله وبركاته
PenaMinang.com tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui ruangan ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Segala caci maki, kutukan, fitnah adalah antara anda dengan ALLAH Azza Wa'jal. Berilah komen dan kritikan yang membina. Insyallah kami akan cuba membalas komen-komen anda.